ULTIMATE FRISBEE

30 December 2016 | Berita Terkini

                       

Pada 17 Desember 2016 yang lalu, PI1M daerah Tawau telah menjalankan suatu program iaitu pengenalan sukan Ultimate Frisbee bersama ahli PI1M Tawau yang bertempat di PI1M Kg Pasir Putih dan padang sekolah SK Pasir Putih. Program ini dijalankan bertujuan untuk memperkenalkan sukan Frisbee kepada ahli PI1M di mana sukan tersebut merupakan sukan baharu yang diperkenalkan di sekolah dan universiti sebagai salah satu pilihan sukan. Selain itu, Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang aktif dalam kokurikulum seiring dengan penglibatan dalam akademik sekolah serta mengisi masa lapang ahli PI1M sempena cuti sekolah.

 Sebelum bermulanya pengenalan sukan Ultimate Frisbee kepada ahli Pi1M seawal pukul 8.00 sehingga 9.00 pagi segmen Advokasi yang merangkumi Klik dengan Bijak telah dijalankan. Hal ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta tentang tangungjawab, waspada serta keselamatan dalam penggunaan internet. Terdapat beberapa panduan keselamatan melayari internet yang didedahkan oleh pihak pengurusan. Tamat sahaja segmen Klik Dengan Bijak program tersebut diteruskan lagi dengan program pengenalan sukan Ultimate Frisbee yang diwakili oleh En.Sharin dan En.Alif yang merupakan kakitangan dari Institusi Sukan Negara (ISN).

Program Ultimate Frisbee yang bermula seawal pukul 9.00 pagi dengan sesi pendaftaran bagi ahli yang mengikuti program tersebut. Seramai 25 ahli yang telah berdaftar mengikuti program tersebut yang juga merupakan ahli PI1M. Program tersebut dimulakan dengan kelas teori sukan Ultimate Frisbee daripada En.Sharin yang merangkumi cara bermain,syarat-syarat permaianan termasuk juga keselamatan dalam permaianan sukan Frisbee.

Seterusnya, tamat sahaja sesi teori mengenai sukan Ultimate Frisbee semua peserta dibahagi kepada 3 kumpulan sebelum pertandingan Frisbee dimulakan. Manakala untuk latihan praktikal Frisbee yang dinamakan sebagai klinik Frisbee yang merangkumi warm up, technical serta drill frisbee bertempat di padang SK Pasir Putih.Klinik Frisbee ini mengambil masa selama 1 jam sahaja untuk diperkenalkan kepada para peserta sebelum pertandingan antara kumpulan di mulakan.

Acara kemuncak program pengenalan sukan Ultimate Frisbee diteruskan lagi daripada pihak ISN untuk mengadakan pertandingan kepada para peserta.Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk menguji tahap kefahaman para peserta sepanjang mengikuti program Frisbee tersebut. Pertandingan tersebut mangambil masa selama 40 minit melibatkan 3 kumpulan.Program tersebut diakhiri dengan sesi penyampian hadiah kepada kumpulan yang memenagi pertandingan tersebut.Program berakhir sekitar pukul 12.00 tengah hari.