FAMILY DAY PI1M TAWAU

30 December 2016 | Berita Terkini

                                                           

 

Pada 25 Disember 2016 yang lalu, PI1M daerah Tawau telah mengadakan Hari Keluarga Pi1M Tawau bersama dengan ahli Pi1M  sebagai penghargaan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Mengambil kesempatan untuk berkumpul bersama keluarga pada cuti umum merupakan suatu yang penting untuk mengeratkan dan mengukuhkan tali persaudaraan ianya juga dapat merapatkan hubungan sesama ahli dan staff Pi1M. Setelah perancangan selama lebih kurang sebulan, Hari Keluarga Pi1M Tawau dapat dilaksanakan. Program ini telah diadakan di San Shui Golf & Country Club, Tawau.

Aktiviti bermula seawal jam 8.00 Pagi dan berakhir sekitar 12.30Petang. Program yamg lebih santai diperlukan kali ini untuk hari keluarga. Aktiviti dimulakan dengan sesi menyediakan makanan dan kemudiannya mandi manda di kolam dan jamuan makan dan juga sedikit sukaneka untuk memeriahkan lagi majlis “Family Day”. Selain bersantai bersama keluarga, aktiviti ini turut sama mempromosikan tempat-tempat menarik sekitar Tawau yang boleh dikunjungi. San Shui Golf & Country Club adalah salah satu daripadanya, tempat riadah bersama keluarga mengisi hujung minggu setelah penat berkerja. Shan Sui Resort terletak di batu 9, Tawau, mempunyai 31 unit Chalet dan Kolam renang bersaiz standard olimpik dan padang golf.

Diharapkan aktiviti hari keluarga ini mencapai objektif dan matlamat yang dirancangkan. Diharapkan aktiviti seumpama ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan staff pi1M terutamanya Pi1M Tawau.