Ekonomi dan Keusahawanan


1. PERLADANGAN
  • Kegiatan ekonomi utama penduduk Kg. Balung Cocos adalah melalui perladangan kelapa sawit di bawah KOPERSASI (Co-Operative Land Development Society Limited). Penduduk sekitar Kg. Balung Cocos mengusahakan tanaman kelapa sawit yang menggantikan tanaman koko dan kopi pada awal pembukaan Kg. Balung Cocos sehingg kini. Pada masa dahulu tanaman koko & kopi menawarkan pendapatan yang lumayan kepada penduduk sekitar kampung, tetapi disebabkan pengurusan tanaman kopi dan koko memerlukan lebih banyak penjagaan dan bermusim, maka ramai penduduk telah beralih dengan perladangan kelapa sawit.

2. KEUSAHAWANAN
  • Selain daripada kegiatan ekonomi berasaskan perladangan, terdapat juga komuniti yang menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan menjual makanan ringan, seperti kerepek ubi, keropok lekor, butik pengantin, kraftangan dan sebagainya. Antara salah satu produk makanan ringan yang popular ialah Keropok Ikan Merah Putih. Perusahaan Keropok ikan merah putih telah menjadi identiti dan sinonim dengan masyarakat cocos. Perusahaan keropok ikan ini sangat popular sehingga kini dan mendapat permintaan yang tinggi dari luar kawasan kampung Balung Cocos dan Tawau, walaupun pengeluarannya adalah terhad kerana kekurangan sumber ikan dan bergantung kepada keadaan cuaca. Selain itu, antara perusahaan makanan yang popular ialah " Mee Wak Koboi ". Perusahaan mee kering ini mendapat tempat di kalangan penduduk setempat dan di edarkan diseluruh Tawau.

3. PERTANIAN
  • Kegiatan pertanian juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi penduduk tempatan di sini. Antaranya adalah tanaman lada padi, pisang sekaki, ubi kayu, kacang panjang limau nipis dan pelbagai lagi. Tanaman lada sangat popular di Kg. Balung Cocos kerana masyarakatnya yang mengemari makanan pedas dan penjualan lada padi yang sudah di proses menjadi lada yang dibotolkan dan dijual di gerai-gerai jualan dan restoran. Selain itu, pada musim buah-buahan Kg. Balung Cocos pada masa dahulu dan sehingga kini menjadi tempat singahan pengunjung kerana menjual pelbagai jenis buah-buahan dengan harga yang murah dan banyak.

4. GERAI JUALAN
  • Gerai jualan juga merupakan aktiviti yang sinonim dengan penduduk tempatan Kg. Balung Cocos. Antara Gerai jualan yang menjadi tarikan ialah gerai jualan "gogos" dan "gado-gado". Gogos merupakan salah satu makanan masyarakat cocos yang menjadi tarikan dan juga gado-gado. Gado-gado masyarakat cocos berbeza sedikit jika dibandingakan dengan gado-gado yang dijual di luar kawasan balung kerana gado-gado cocos menggunakan mee kuning bagi menggantikan nasi himpit dan mempunyai rasa yang berbeza daripada gado-gado yang lain. Gerai jualan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pagi dan petang kerana menjual menu yang berbeza.

PROFILE KEUSAHAWANAN

1. Pn. Saadiah Tuing (Karipap Frozen)
Pn. Saadiah Tuing merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan produk berasaskan makanan ringan iaitu kerepek pisang dan kerepek ubi sambal masin dan manis. Selain itu, beliau kini telah menambah lagi produknya iaitu karipap sejuk beku. Beliau mula memasarkan produknya sejak bulan ogos yang lalu kerana mendapat permintaan yang tinggi dari penduduk sekitar balung. Beliau memasarkan produknya di sekitar Kg. Balung Cocos dan Tawau. Diharapakan beliau dapat menambah lagi produk-produk baru di masa akan datang. Untuk tempahan produknya boleh hubungi :
No Tel / Whatsapp : 014-5502133
Facebook : www.facebook.com/lieyzaeric

2. En. Shobirin Adon (LilBurgerBakar)
En Shobirin Adon merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan atau menjual produk berasaskan makanan iaitu burger bakar yang lebih dikenali sebagai "LilBugerBakar". Beliau baru sahaja memulakan pernaigaan ini pada bulan Ogos yang lalu dan berlokasi di Kg. Balung Cocos. Antara produknya adalah perbagai jenis burger seperti burger bakar ayam dan daging yang mana proses pembuatan burger dari roti ke daging dibuat sendiri oleh beliau. Selain itu beliau telah menambahkan lagi produknya iaitu, ayam rasul yang merupakan makanan tradisi bangsa Cocos dan  lil spageti tomatina chicken. Untuk tempahan dan maklumat boleh la hubungi beliau :
No Tel / Whatsapp : 016-3890399
Facebook : www.facebook.com/LiLGrilledGarage/

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.