Kemudahan Awam

KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG BALUNG COCOS

·        SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG DAN TABIKA KEMAS

Kampung Balung Cocos juga mempunyai kemudahan sekolah dalam kampung. Bukan sahaja sekolah kebangsaan dan tabika kemas, malah dalam kampung Balung Cocos juga menyediakan sebuah pra sekolah. Sekolah Kebangsaan Balung ini telah ditubuhkan lebih daripada 50 tahun. Manakala Tabika Kemas Balung Cocos pula sudah ditubuhkan lebih 30 tahun. Pra sekolah pula baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2013. Bagi Sekolah Kebangsaan Balung ada menerima pelajar bagi pendidikan khas bagi golongan kelainan upaya.

·         MINI PERPUSTAKAAN

Mini perpustakaan ini telah di bangunkan pada 10 Februari 2012. Perpustakaan ini dibangunkan berhampiran Sekolah Kebangsaan Balung dan juga Tabika Kemas dengan tujuan menarik minat para pelajar utuk berkunjung ke perpustakaan tersebut untuk menambah ilmu pengetahuan. Dalam perpustakaan ini menyediakan banyak bahan bacaan, bukan sahaja tertumpu kepada bacaan ilmuan, novel dan majalah juga disediakan untuk menarik minat penduduk kampung untuk memupuk budaya membaca di kalangan penduduk dan pelajar.

·         KLINIK IBU DAN ANAK

Klinik Ibu dan Anak Balung juga telah beroperasi lebih dari 50 tahun. Klinik ini dibina bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Kampung Balung Cocos  dan juga sekitar kawasan balung untuk mendapatkan rawatan ringan khususnya buat kaum wanita. Oleh kerana kemudahan pengangkutan yang sangat kurang pada masa dulu, klinik ini di bangunkn untuk memudahkan para ibu mengandung sekitar kampung Balung Cocos untuk menerima rawatan. Klinik ini masih lagi beroperasi sehingga kini.

·         PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA

·         MINI DEWAN KG BALUNG COCOS

·         PONDOK POLIS

·         COCOS R&R

·         MASJID AL-FIRDAUS KG BALUNG COCOS



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.