Maklumat Tempatan

Maklumat Komuniti Kampung Balung Cocos

 

Pada tahun 1949 sehingga 1952 telah berlaku penghijrahan bangsa Cocos dari Pulau Cocos Keeling ke North Borneo (Sabah) yang pada ketika itu dibawah naungan kerajaan British. Antara lokasi penempatan bangsa Cocos pada ketika itu ialah di empat lokasi yang berbeza iaitu di Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Sandakan. Kebanyakan masyarakat Cocos pada ketika itu bekerja di Ladang Tembakau, Segama, Lahat Datu dan Ladang Pisang Lanut di Tawau. Setelah ladang-ladang tidak beroperasi maka penghijrahan bangsa Cocos mula berlaku dan salah satu tempat yang diduduki oleh bangsa Cocos ialah di Balung Cocos Islander Co-Operactive Land Development Society Ltd. yang pada masa kini dipangil sebagai Kg Balung Cocos.

Cocos Islander Co-Operactive Land Development Society Ltd. telah dibuka pada tahun 1958 dan secara rasminya didaftarkan pada tahun 1961 dan tanah-tanah yang dimiliki oleh masyarakat Cocos pada ketika itu adalah anugerah semasa pemerintahan kerajaan Usno. Kg. Balung Cocos ini terletak di kawasan Balung dan 45 minit daripada Bandar Tawau. Kg. Balung Cocos kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sekolah, klinik ibu dan anak, Pusat Internet, Perpustakaan Desa dan pelbagai lagi. Perpindahan orang Cocos ke kawasan balung pada ketika itu kerana situasi atau tempat di kawasan Balung Cocos ini sama seperti keadaan dia Pulau Keeling Cocos yang mempunyai sungai yang mana orang cocos suka tingal di kawasan yang berhampiran sungai.


Maklumat PI & Komuniti Kampung Balung Cocos


Lokasi

Kg. Balung Cocos, P/S 696, 91008

UST Area

Dun N55. Balung

Daerah

Tawau

Negeri

Sabah

Populasi

817 Orang (Banci 2013)

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Kelapa Sawit / Sayur-sayuran), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu), Industri Kecil & Sederhana (IKS)

Jumlah Keahlian

506 Orang

Lat/Long PI1M

4.392358  118.10802

Teknologi

Hub & Spoke Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

23 Julai 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Ahmad Fakhri Bin Endah

Email: fakhri@celcom1cbc.com

No Telefon: 019-8409033


Penolong Pengurus

Nama: Nurul Syakilah Binti Vaduan

Email: syakilah@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-8532880

Website

http://www.celcom1cbc.com/balung-cocos

FB : https://www.facebook.com/pibalungcocos

Kampung Tanpa Wayar

1.     WK Kg. Balung Cocos Tengah: Pole 12 Meter) Rumah, Hj. Endah Bin Travers

2.     WK Kg. Balung Cocos Bawah : (Pole 12 Meter)  Rumah, En. Roland


2.  TEMPAT-TEMPAT MENARIK


SUNGAI BATU BERSUSUN @ GIRAM

Sungai batu bersusun atau lebih dikenali sebagai sungai giram di kalangan penduduk Kampung Balung Cocos ini adalah salah satu tarikan yang boleh di dapati di kampung ini. Sungai Giram yang mempunyai bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia 27,000 tahun ini di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung boleh menjadi produk pelancongan yang unik untuk memajukan kawasan tersebut. kawasan bongkah batu volkanik berkenaan sudah lama mereka ketahui namun disebabkan kurangnya perhatian, keunikan kejadian semulajadi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

KEBUDAYAAN DAN TRADISI

Selain keunikan bongkah batu volakanik berkenaan, corak kehidupan dan kebudayaan suku kaum Cocos yang boleh disaksikan melalui "tarian dansa", "tarian melengok" dan "tarian samba" (seperti joget) boleh dipromosikan kepada pelancong luar. Kebudayaan Suku Kaum Cocos mempunyai keunikan yang tersendiri oleh kerana tariannya seolah-olah tarian Portugis. Tradisi kaum Cocos juga sangat berbeza di antara suku kaum lain di sabah. Makanan suku kaum Cocos juga merupakan satu tarikan yang sangat baik di kampung ini, pengunjung juga boleh merasa ˜gado-gado" atau nama lain nya rojak mee, ˜gogos" atau nama lain nya pulut pangang pada setiap petang. Dalam kampung ini juga banyak peniaga-peniaga yang menjual makanan ini pada setiap petang. Makanan popular suku kaum cocos seperti "bebek ros", ˜berengkes", "kerak nasi", roti paseman, bantat gelas dan banyak lagi.


KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI KAMPUNG BALUNG COCOS

·        SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG DAN TABIKA KEMAS

Kampung Balung Cocos juga mempunyai kemudahan sekolah dalam kampung. Bukan sahaja sekolah kebangsaan dan tabika kemas, malah dalam kampung balung cocos juga menyediakan sebuah pra sekolah. Sekolah kebangsaan balung ini telah ditubuhkan lebih daripada 50 tahun. Manakala tabika kemas pula sudah ditubuhkan lebih 30 tahun. Pra sekolah baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2013.

·        PERPUSTAKAAN DESA

Mini perpustakaan ini telah di bangunkan pada 10.02.2012. Perpustakaan ini dibangunkan berhampiran sekolah kebangsaan dan juga tabika kemas dengan tujuan menarik minat para pelajar utuk berkunjung ke perpustakaan tersebut untuk menambah ilmu pengetahuan. Dalam perpustakaan ini menyediakan banyak bahan bacaan, bukan sahaja tertumpu kepada bacaan ilmuan, novel dan majalah juga disediakan untuk menarik minat penduduk kampung untuk memupuk budaya membaca di kalangan penduduk dan pelajar.

·         KLINIK IBU DAN ANAK

Klinik Ibu dan Anak ini telah beroperasi lebih dari 50 tahun. Klinik ini dibina bertujuan untuk memberi kemudahan kepada penduduk sekitar Kampung Balung Cocos untuk mendapatkan rawatan ringan khususnya buat kaum wanita. Oleh kerna kemudahan pengangkutan yang sangat kurang pada masa dulu, klinik ini di bangun kn untuk memudahkan para ibu mengandung sekitar kampung Balung Cocos untuk menerima rawatan.

·        DEWAN MASYARAKAT KG BALUNG COCOS

Dewan masyarakat Kg. Balung Cocos telah dibaik pulih bermula pada awal Januari tahun 2017 dan kini telah siap sepenuhnya pada bulan Februari 2018. Dengan kemudahan dewan yang baru ini diharap dapat memberikan keselesaan kepada penduduk kampung terutamanya untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.