Pelancongan & Rekreasi

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

1. SUNGAI BATU BERSUSUN @ GIRAM

Sungai batu bersusun atau lebih dikenali sebagai sungai giram di kalangan penduduk Kampung Balung Cocos ini adalah salah satu tarikan yang boleh di dapati di kampung ini. Sungai Giram yang mempunyai bongkah-bongkah batu gunung berapi dipercayai berusia 27,000 tahun ini di beberapa lokasi sepanjang Sungai Balung boleh menjadi produk pelancongan yang unik untuk memajukan kawasan tersebut. Kawasan bongkah batu volkanik berkenaan sudah lama mereka ketahui namun disebabkan kurangnya perhatian, keunikan kejadian semulajadi itu tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

2. KEBUDAYAAN DAN TRADISI

Selain keunikan bongkah batu volakanik berkenaan, corak kehidupan dan kebudayaan suku kaum Cocos yang boleh disaksikan melalui "tarian dansa", "tarian melengok" dan "tarian samba" (seperti joget) boleh dipromosikan kepada pelancong luar. Kebudayaan Suku Kaum Cocos mempunyai keunikan yang tersendiri oleh kerana tarian nya seolah-olah tarian Portugis. Tradisi kaum Cocos juga sangat berbeza di antara suku kaum lain di sabah. Makanan suku kaum cocos juga merupakan satu tarikan yang sangat baik di kampung ini, pengunjung juga boleh merasa ‘gado-gado’ atau nama lain nya rojak mee, ‘gogos’ atau nama lain nya pulut pangang pada setiap petang. Dalam kampung ini juga banyak peniaga-peniaga yang menjual makanan ini pada setiap petang. Makanan popular suku kaum cocos seperti, ‘bebek ros’, ‘berengkes’, ‘kerak nasi’ dan banyak lagi.


3. BALUNG RIVER ECO RESORT

Balung River Eco-Resort merupakan resort yang pertama di kawasan Balung yang menawarkan suasana persekitaran perladangan. Resort ini pernah memenangi anugerah pelancongan Sabah sebagai " Best Nature Attraction " pada tahun 2003. Resort ini terletak 30 minit dari lapangan terbang Tawau dan 40 minit dari Bandar Tawau yang sibuk. Pelbagai aktiviti yang menarik yang ditawarkan oleh resort ini antaranya lawatan yang menarik untuk mengenali lebih kurang 32 jenis tanaman perladangan bermula dari kopi, rempah ratus dan tidak lupa juga pelbagai buah-buahan tropika yang lazat.



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.