Pendidikan

PENDIDIKAN DI KG BALUNG COCOS

·        SEKOLAH KEBANGSAAN BALUNG, TAWAU DAN PRA SEKOLAH

Kampung Balung Cocos juga mempunyai kemudahan sekolah dalam kampung. Bukan sahaja sekolah kebangsaan dan tabika kemas, malah dalam Kg Balung Cocos juga menyediakan sebuah pra sekolah dan sekolah pendidikan khas bagi golongan kurang upaya. Sekolah Kebangsaan Balung ini telah ditubuhkan lebih daripada 50 tahun lalu dan masih beroperasi sehingga sekarang.

·         TABIKA KEMAS

Tabika kemas Kg. Balung Cocos telah ditubuhkan lebih kurang 30 tahun yang lalu dan masih beoperasi sehingga sekarang.

·         PENDIDIKAN KAFA

Sekolah pendidikan kafa dijalankan di Masjid Al-Firdaus Kg. Balung Cocos untuk komuniti setempat mendapatkan ilmu agama da sebagainya. Selain itu, pada setiap hari sabtu dan ahad terdapat kelas Al-Quran dan Fardhu Ain secara percuma yang dijalankan di masjid yang boleh diikuti oleh ibu-ibu atau suri rumah yang ingin menambahkan ilmu agama. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.