Berita Terkini

Kelas Usahawan - Latihan Keusahawanan 1.0

22 January 2017 | Berita Terkini

1 JANUARI 2017 – Pada hari Ahad 1 Januari 2017 yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan telah mengadakan kelas usahawan ataupun latihan keusahawanan yang pertama untuk tahun 2017 iaitu ‘Latihan Keusahawanan 1.0’ dengan memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada golongan usahawan PI1M bagaimana untuk bermula memasarkan produk mereka. Tujuan program ini dijalankan bagi membantu golongan usahawan ini untuk memasarkan atau mengembangkan produk mereka dengan lebih baik. Seramai 8 orang ahli Pi1M yang juga ahli WI Teluk Intan telah menyertai kelas usahawan ini secara berperingkat. Kelas ini bermula pada... read more

Program Mewarna Back To School KDB

22 January 2017 | Berita Terkini

14 JANUARI 2017- Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru telah menganjurkan program mewarna back to school KDB. Program ini telah berlangsung di Tadika Perpaduan Teluk Intan. Program ini bertujuan bagi mengenali antara satu sama lain antara staff Pi1M Teluk Intan dengan pelajar baru Tadika Perpaduan di seluruh Teluk Intan.  Selain Itu, program ini juga diselitkan dengan beberapa aktiviti Klik Dengan Bijak “KDB”. Antaranya ialah tayangan video KDB, penerangan KDB dan contoh keburukan yang berlaku apabila tidak mengamalkan KDB ini. Program ini telah disertai lebih 28 orang murid tadika beserta staff pengajar Tadika... read more

Program Pengguna Jalan Raya Selamat

22 January 2017 | Berita Terkini

22 JANUARI 2017 - Pengguna jalan raya diingatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan jalan raya bagi mengelak berlakunya kemalangan sepanjang tahun 2017 ini. Oleh itu, Pusat Internet 1 Malaysia dan beberapa ahli terlibat telah menyertai ‘Program Pengguna Jalan Raya Selamat’ di samping mempromosikan fungsi Pi1m itu sendiri kepada komuniti setempat. Program ini merupakan satu kaedah strategi komunikasi untuk menimbulkan rasa 'benci' atau tidak suka terhadap berlakunya sebarang kejadian kemalangan dengan mengusahakan corak inovatif dan kreatif serta ringkas untuk menyampaikan mesej kepada pengguna jalan raya. Pada program itu, lebih 30 orang... read more

Usahawan Pi1M - Butik ARA By FN

22 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

ARA by FN   NAMA : FARAH NADIA BINTI MOHD AZMI UMUR : 27 TAHUN ALAMAT PREMIS : No. 238 GF, Jalan Intan 10, Bandar Baru, Teluk Intan NO. TEL : 019-3434 077   Farah Diana ataupun digelar ‘Ara’ merupakan ahli Pi1M Bandar Baru Teluk Intan dan beliau juga merupakan usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam dunia usahawan sejak dari tahun 2010. Beliau membuka perniagaan butik dan kecantikan yang diberi nama FN Butik. Selain membuat perniagaan butik, Ara juga membuat perniagaan andaman untuk pengantin yang baru ingin berkahwin. Disamping itu, beliau juga menjual pelbagai pakaian berjenama. Ara juga banyak... read more

Usahawan Pi1M - Jahitan Baju Mahfuzah

22 January 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Jahitan Baju Mahfuzah   NAMA : MAHFUZAH BT RUSLAN UMUR : 37 TAHUN ALAMAT PREMIS : N0 38.KAMPUNG BAHAGIA, 36000 TELUK INTAN PERAK. NO. TEL : 013-5213436 Mahfuzah merupakan seorang surirumah. Tetapi beliau juga merupakan tukang jahit baju di rumah nya sendiri. Selain menjadi ahli Pi1M Bandar Baru Teluk Intan, beliau juga merupakan usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam dunia usahawan sejak dari tahun 2012. Beliau membuka perniagaan yang menerima pelbagai tempahan jenis baju . Pada mulanya beliau hanya menerima tempahan baju kurung dan hanya mengambil tempahan pada sedara mara dan jiran yang terdekat. Selain itu. Beliau juga... read more

Program Sehati @ RTM

26 December 2016 | Berita Terkini

3 DISEMBER 2016 – Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan, Pi1M Kg. Ayer Hitam, Pi1M Sungai Manik dan Pi1M Kg. Selabak telah menyertai program ‘Sehati @ RTM’ anjuran Pejabat Adun Sg. Manik. Program ini bertempat di Dataran Pekan Rabu Langkap. Antara aktiviti yang dijalankan di program tersebut adalah seperti Jambori Berbasikal, Senaman Aerobik, Cabutan Bertuah dan pameran dari agensi kerajaan seperti JPAM, AADK dan Klinik Kesihatan Teluk Intan. Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan, Pi1M Kg. Ayer Hitam, Pi1M Sungai Manik dan Pi1M Kg. Selabak mengambil kesempatan dengan mengadakan... read more

Hari Bersama Komuniti Perpaduan Teluk Intan

26 December 2016 | Berita Terkini

9 DISEMBER 2016 - Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru dengan kerjasama AJK Komuniti Perpaduan Teluk Intan telah mengadakan program ‘Hari Bersama Komuniti Perpaduan Teluk Intan’. Program ini dihadiri oleh komuniti Teluk Intan dan murid Tadika Perpaduan Teluk Intan. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan tentang fungsi Pi1M disamping mengeratkan lagi hubungan komuniti dengan Pi1M itu sendiri. Program ini bermula daripada 8 pagi hingga 12 tengah hari. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu adalah senaman pagi, pertandingan mewarna, taklimat KDB, membuat cawan telefon  dan sedikit jamuan ringan.. Tema yang... read more

Usahawan Pi1M - Saidi Photosnap

26 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Saidy Photosnap   NAMA : MOHD SAIDI B. HJ MAT KADIR UMUR : 26 TAHUN ALAMAT PREMIS : BANDAR BARU TELUK INTAN NO. TEL : 011-11190762 Saidi merupakan ahli Pi1M Bandar Baru Teluk Intan dan beliau juga merupakan usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam dunia usahawan iaitu sebagai jurukamera. Beliau membuka perniagaan yang menawarkan perkhidmatan jurukamera pelbagai majlis. Selain itu, beliau juga menjual pelbagai jenis album untuk memuatkan gambar yang telah ditangkap oleh beliau. Selain itu, Saidi juga berniaga melalui laman sosial instagram yang mana ianya mudah dan tidak mengenakan sebarang cas pengiklanan. Beliau juga merupakan seorang editor... read more

Usahawan Pi1M - Dshaz Printing

26 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Dshaz Printing   NAMA : ABDUL HAKIM UMUR : 28 TAHUN ALAMAT PREMIS : NO 231 JALAN INTAN 10 BANDAR BARU TELUK INTAN NO. TEL : 017-3450161 Hakim merupakan merupakan usahawan bumiputera yang berkecimpung dalam dunia usahawan sejak dari tahun 2015. Beliau membuka perniagaan yang menjual mencetak pelbagai jenis fabrik . Pada mulanya beliau hanya menjual cetakan kain ‘cotton’ sahaja, tetapi beliau kini sudah mula menjual pelbagai cetakan mahupun cenderahati hasil daripada cetakan kedai beliau. Selain itu, beliau juga mempromosikan perniagaan beliau kepada orang ramai melalui aplikasi Whatsapp. Selain itu, Hakim juga berniaga melalui laman sosial instagram... read more

Kisah Kejayaan - Nur Farahan Mohd Johan

26 December 2016 | Kisah Kejayaan

Success Story PI1M Bandar Baru Quarter 4, 2016   LOKASI : PI1M Bandar Baru Teluk Intan & Bandar Teluk Intan NAMA : Nur Farahana Binti Mohd Johan TEMPAT KELAHIRAN     : Langkap, Perak GRADUAN                       : Diploma (Universiti Putra Malaysia) BIDANG USAHAWAN     : Menjual tudung di dalam talian Nama sebenar beliau adalah Nur Farahana binti Mohd Johan, berusia 23 tahun baru sahaja menamatkan pelajaran dari Universiti Putra Malaysia di Sarawak. Mengambil jurusan Diploma Pertanian selama 3 tahun di sana. Bagi menambah duit poket sendiri dan masih belum mempunyai kerja yang tetap beliau mengambil tindakan bijak iaitu menjual tudung secara online. Tidak... read more