Program Sukan Belia KDB

25 November 2016 | Berita Terkini

6 NOVEMBER 2016 – Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan telah menganjurkan program Sukan Belia KDB. Antara pertandingan yang dijalankan di program ini ialah pertandingan bola sepak 9 sebelah. Program ini berlangsung di SK. Kg. Banjar/Padang Rakyat Teluk Intan. Tujuan program ini dijalankan sedikit sebanyak dapat menarik perhatian golongan belia supaya lebih tertarik untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia seterusnya menjdai ahli Pi1M tersebut. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat kesukanan dan menjadikan badan kita lebih sihat dengan bersukan.

Aktiviti ini telah disertai seramai 32 orang yang terdiri daripada golongan belia lelaki sekitar Kg. Selabak dan Teluk Intan. Pertandingan ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 tengah hari. Antara aktiviti lain yang diselitkan dalam program ini adalah penerangan tentang Klik Dengan Bijak dan cabutan bertuah.