Advokasi KDB SK Kg Bahagia Teluk Intan

25 November 2016 | Berita Terkini

22 NOVEMBER 2016 – Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan, Kg. Ayer Hitam, Kg. Sungai Samak dan Taman Muhibbah telah menganjurkan program Advokasi KDB bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Kg. Bahagia. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti penerangan tentang Klik Dengan Bijak ‘KDB’, tayangan video KDB, melihat cara yang betul ketika menggunakan pelayaran internet dan  komputer serta pertandingan kuiz KDB .Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan bagaimana cara untuk menggunakan komputer dengan bijak bagi mencari maklumat di internet mahupun perkongsian secara bijak serta membantu membentuk minda yang kreatif.  . Program ini telah dijalankan di dataran pelajar SK. Kg. Bahagia. Aktiviti ini telah disertai seramai 600 orang pelajar.

Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00am hingga 1.00pm. Untuk pertandingan kuiz KDB, mereka terlebih dahulu telah diberi penerangan tentang maksud KDB dan beberapa contoh tentang KDB . Ini memudahkan mereka untuk menjawab kuiz KDB tersebut dengan pantas. Terdapat tiga pemenang utama dalam pertandingan ini. Pemenang saguhati juga turut diberikan kepada pelajar yang kurang bernasib baik dalam pertandingan ini. Kesimpulannya, program ini sedikit sebanyak dapat mengisi minda mereka supaya lebih kreatif untuk mencipta sesuatu daripada melakukan perkara2 yang membuang masa, melalaikan seterusnya menjadikan mereka pelajar yang cemerlang dan berjaya di masa hadapan.