Kelas Usahawan - Permulaan Pemasaran

26 December 2016 | Berita Terkini

1 DISEMBER 2016 – Pada hari Khamis 1 Disember 2016, Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan telah mengadakan kelas usahawan iaitu ‘Permulaan Pemasaran’ dengan memberi penerangan dan tunjuk ajar kepada golongan usahawan PI1M bagaimana untuk bermula memasarkan produk mereka. Tujuan program ini dijalankan bagi membantu golongan usahawan ini untuk memasarkan atau mengembangkan produk mereka dengan lebih baik.

Seramai 8 orang ahli Pi1M yang juga ahli WI Teluk Intan telah menyertai kelas usahawan ini. Kelas ini bermula pada jam 9 pagi hingga 1 petang. Pada waktu pagi, mereka diberi penerangan bagaimana untuk memasarkan produk dan pada sebelah petang nya pula diberi penerangan bagaimana cara untuk membuat video tentang produk mereka sebagai medium pengiklanan. Antara saranan yang diberikan tentang cara untuk memasarkan produk mereka ialah melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Sebagai kesimpulannya, dengan program ini dapatlah membantu golongan usahawan ini mengembangkan pemasaran produk mereka seterusnya menjadi lebih maju di masa hadapan.