Celik IT - Mohd Zaaba L. Sharip

26 December 2016 | Kisah Kejayaan

CELIK IT PI1M Bandar Baru

Quarter 4, 2016

 

LOKASI : PI1M Bandar Baru Teluk Intan

NAMA : Mohamad Zaba B L. Sharip

TEMPAT KELAHIRAN     : Lot 1444A, Lorong Estet, Kampung Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak.

STATUS PELAJARAN / GRADUAN     : Pesara Tentera

LATAR BELAKANG     : Merupakan seorang pesara yang kurang didedahkan dengan penggunaan ICT.

 

Encik Mohamad Zaba merupakan pesara, yang ketika dahulunya pernah berkhidmat sebagai parajurit negara iaitu tentera. Beliau seorang yang sangat aktif dan tidak senang duduk diam. Beliau banyak melibatkan diri di dalam persatuan-persatuan, pertubuhan mahupun komuniti setempat. Beliau memegang jawatan sebagai pengerusi Persatuan Pesara ATM iaitu sebuah agensi NGO yang telah diwujudkan 2 tahun lepas.

            Sebelum menjadi ahli Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru, beliau bukanla seorang celik IT, cuma mengetahui peraka yang asas-asas sahaja. Ingat lagi pertama kali masuk ke Pi1M, beliau mengupah petugas Pi1M untuk menaip kerja-kerja NGO beliau. Namun apabila petugas Pi1M menjelaskan bahawa Pi1M ada menawarkan khidmat kelas ICT secara percuma kepada ahli, beliau terus tertarik untuk menyertainya. Malah sekarang beliau boleh menggunakan aplikasi Microsoft Word untuk memudahkan kerja-kerja NGO beliau. Bukan sahaja ‘Microsoft Word’ yang dipelajari oleh beliau tetapi juga aplikasi komputer yang lain seperti ‘Microsoft Excel, Power Point, Publisher dan sebagainya. Beliau juga turut serta mengikuti beberapa kelas keusahawanan yang telah dijalankan oleh Pi1M.

            Beliau amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan seperti Internet Jalur Lebar berkelajuan tinggi, WiFi, pencetak, program latiham ICT dan pembangunan modal insan iaitu aktiviti-aktiviti yang berkaintan dengan kemasyarakatan yang diuruskan oleh pengurus dan pembantu Pi1M.

Menurut beliau “Pi1M adalah salah satu projek inisiatif kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar”. Ia bertetapan dengan keperluan penduduk terhadap perkhidmatan berkenaan kerana teknologi bukan hanya untuk dikecapi oleh masyarakat bandar, malah komuniti luar bandar turut berhak menikmatinya. Dengan adanya pusat internet ini diharapkan dapat membantu komuniti dalam menguruskan aktiviti seharian dan menambahkan ilmu pengetahuan penduduk setempat.