Kisah Kejayaan - Noraliza Bt Mat Halim

26 December 2016 | Kisah Kejayaan

Success Story PI1M Bandar Baru

Quarter 4, 2016

 

LOKASI : PI1M Bandar Baru Teluk Intan & Bandar Teluk Intan

NAMA : Noraliza bt Mat Halim

TEMPAT KELAHIRAN     : Ipoh, Perak.

GRADUAN                       : SPM ( Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek, Ipoh Perak)

BIDANG USAHAWAN     : Solekan dan barangan kosmetik

Noraliza bt Mat Halim, 33 tahun merupakan ahli kepada Pi1M Bandar Baru. Beliau berasal dari Ipoh, Perak. Beliau menamatkan zaman persekolahan tingkatan 5 di Sekolah Kebangsaan Tasek Ipoh, Perak. Beliau tidak pernah berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi namun mengikuti beberapa kelas persolekan yang dianjurkan oleh agensi-agensi tertentu.

 

Oleh kerana hidup di dalam keluarga yang serba kekurangan sebagai anak yang sulung terpakse memikul tanggungjawab mencari rezeki untuk membantu keluarga tambahan pula mempunyai 4 orang adik yang masih menuntut di bangku sekolah. Zaman remaja beliau dihabiskan untuk mencari rezeki yang halal untuk membantu kedua orang tuanya, ini berbeza sekali jika dibandingkan zaman remaja muda pada masa kini.

 Beliau pernah berkerja selama 5 tahun di 3 buah butik pengantin yang berada di kawasan Ipoh sebagai pembantu mak andam. Beliau tidak boleh bekerja di luar kawasan dari Ipoh kerana faktor kesihatan kedua orang tuanya yang tidak begitu mengizinkan. Sejak dari itu beliau mempelajari selok belok dunia perniaagaan di dalam bidang persolekan termasukla menguruskan peralatan persolekan, menjahit manik di baju pengantin, pembikinan pelamin dan sebagainya.

 

Selepas 5 tahun, beliau memberanikan diri untuk membuka butik kecantikan di Ipoh. Setakat ini butik beliau mendapat sambutan yang menggalakan, setiap hari sentiasa ada orang mengunjunginya. Butik beliau bukan sahaja menawarkan khidmat andaman, malah pelbagai perkhidmatan lain seperti mandian bunga untuk bakal-bakal pengantin, mandi spa, mandi lulur, urutan tradisional dan juga menjual berbagai produk kecantikan. Beliau bukan sahaja giat aktif di butik malah mengembangkan sayap perniagaan beliau merata tempat untuk mengadakan kelas solekan.

 

Beliau mengenali Pi1M Bandar Baru dari seorang kawan yang mengikuti kelas solekan beliau yang juga merupakan ahli Pi1M. Bermula dari situ beliau sering menyewa bilik training di Pi1M untuk mengadakan kelas solekan untuk memenuhi permitaan komuniti di Teluk Intan. Pi1M bandar baru juga sedikit sebanyak memberi pertolongan dalam mempromosikan jualan dan perkhidmatan beliau melalui laman microsite dan hebahan melaui aplikasi whatsapp. Pada pendapat beliau, Pi1M merupakan sebuah pusat ilmu untuk kegunaan semua tanpa mengira peringkat umur. Perkara yang menjadi tarikan utama baginya adalah tawaran untuk belajar menggunakan komputer secara percuma tanpa perlu berbelanja besar untuk membeli computer dan melanggan internet. Selain itu, Pi1M dapat banyak membantu individu untuk mencapai kejayaan dengan cara menganjurkan bengkel dan kursus khas megikut keperluan. Sehingga kini beliau masih mengunjungi Pi1M sekiranya ada kelapangan atau terdapat keperluan untuk mendapatkan perkhidmatan di Pi1M.

Oleh itu, beliau berharap pelbagai promosi perlu dipergiatkan lagi supaya lebih ramai penduduk sekitarnya mengenali penubuhan dan kebaikan Pi1M di samping memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pi1M dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, beliau amat gembira kerana ilmu IT yang dipelajari di Pi1M telah memudahkan kerjanya sebagai usahawan ‘Mak Andam’ malah telah menambahbaik kehidupannya. Beliau berharap lebih ramai usahawan yang lain dapat juga memajukan diri sepertinya. Tambahan pula, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada PI1M dan akan terus berjaya.

Mereka yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Noraliza bolehla mengunjungi laman sesawang beliau iaitu Kemboja Putih atau di Instagram Noora_d_touch atau boleh singgah ke butik beliau di 24A, Pesara Ipoh1, Taman Ipoh, 31400, Ipoh, Perak atau di no telefon 012-520 9647