Kisah Kejayaan - Nur Farahan Mohd Johan

26 December 2016 | Kisah Kejayaan

Success Story PI1M Bandar Baru

Quarter 4, 2016

 

LOKASI : PI1M Bandar Baru Teluk Intan & Bandar Teluk Intan

NAMA : Nur Farahana Binti Mohd Johan

TEMPAT KELAHIRAN     : Langkap, Perak

GRADUAN                       : Diploma (Universiti Putra Malaysia)

BIDANG USAHAWAN     : Menjual tudung di dalam talian

Nama sebenar beliau adalah Nur Farahana binti Mohd Johan, berusia 23 tahun baru sahaja menamatkan pelajaran dari Universiti Putra Malaysia di Sarawak. Mengambil jurusan Diploma Pertanian selama 3 tahun di sana.

Bagi menambah duit poket sendiri dan masih belum mempunyai kerja yang tetap beliau mengambil tindakan bijak iaitu menjual tudung secara online. Tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak, mahu pun membuka kedai tambahan pula mempunyai internet di rumah. Tidak perlu lagi pergi ke rumah-rumah untuk menjaja tudung seperti perniagaan dahulu kala.

Pada mulanya beliau agak teragak-agak untuk menjual tudung secara online ini kerana beliau segan untuk menemui orang ramai. Oleh kerana dapat desakan dari kawannya yang juga merupakan usahawan online namun terpaksa memberanikan diri menceburi bidang ini. Tambahan pula mendapat tahu bahawa peniaga talian juga pendapatannya agak lumayan kalau di usahakan bersungguh-sungguh. Oleh itu beliau menyahut cabaran.

Pada mula perniagaan memang susah untuk menarik pelanggan, kadang kala ada juga terfikir untuk menarik diri. Tetapi selepas dapat galakkan rakan dan kelurga untuk mengikuti kursus keusahawanan yang diadakan oleh Pi1M, seolah-olah mendapat semangat baru untuk meneruskan perniagaan ini. Alhamdullillah hari semakin hari permintaan semakin bertambah. Perniagaan online ini memerlukan kesabaran yang tinggi, fokus dan memaplikasikan strategi yang betul.

Beliau amat berterima kasih kepada petugas Pi1M kerana diberi peluang mengikuti kelas yang diadakan. Beliau harap akan ramai lagi remaja-remaja yang di luar sana yang akan datang ke Pi1M ini untuk menjadi ahli serta mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh Pi1M.