Hari Bersama Komuniti Perpaduan Teluk Intan

26 December 2016 | Berita Terkini

9 DISEMBER 2016 - Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru dengan kerjasama AJK Komuniti Perpaduan Teluk Intan telah mengadakan program ‘Hari Bersama Komuniti Perpaduan Teluk Intan’. Program ini dihadiri oleh komuniti Teluk Intan dan murid Tadika Perpaduan Teluk Intan. Tujuan program ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan tentang fungsi Pi1M disamping mengeratkan lagi hubungan komuniti dengan Pi1M itu sendiri. Program ini bermula daripada 8 pagi hingga 12 tengah hari.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program itu adalah senaman pagi, pertandingan mewarna, taklimat KDB, membuat cawan telefon  dan sedikit jamuan ringan.. Tema yang digunakan bagi program ini berkonsepkan teknologi yang tidak melalaikan.

Selain Itu, pihak Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru juga menyediakan hadiah penghargaan kepada kakitangan AJK Komuniti Perpaduan sebagai tanda terima kasih atas kerjasama yang diberikan. Kesimpulannya, dengan ada nya program sebegini dapatlah komuniti lebih memahami fungsi pi1m disamping mengeratkan lagi hubungan komuniti dengan ahli Pi1M Bandar Baru Teluk Intan.