Program Sehati @ RTM

26 December 2016 | Berita Terkini

3 DISEMBER 2016 – Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan, Pi1M Kg. Ayer Hitam, Pi1M Sungai Manik dan Pi1M Kg. Selabak telah menyertai program ‘Sehati @ RTM’ anjuran Pejabat Adun Sg. Manik. Program ini bertempat di Dataran Pekan Rabu Langkap. Antara aktiviti yang dijalankan di program tersebut adalah seperti Jambori Berbasikal, Senaman Aerobik, Cabutan Bertuah dan pameran dari agensi kerajaan seperti JPAM, AADK dan Klinik Kesihatan Teluk Intan.

Pusat Internet 1Malaysia Bandar Baru Teluk Intan, Pi1M Kg. Ayer Hitam, Pi1M Sungai Manik dan Pi1M Kg. Selabak mengambil kesempatan dengan mengadakan promosi Pi1M dengan membuka booth Pi1M . Antara aktiviti yang berlangsung di booth Pi1M ini adalah seperti penerangan tentang Klik Dengan Bijak ‘KDB’, pertandingan silang kata KDB dan lain-lain .

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan bagaimana Pi1m ini berfungsi seterusnya menggalakkan lagi komuniti untuk menjadi ahli Pi1M. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00am hingga 4.00pm. Kesimpulannya, program ini sedikit sebanyak dapat mengisi masa cuti pelajar sekolah mahupun komuniti itu sendiri dengan aktiviti yang berfaedah daripada melakukan perkara2 yang membuang masa dan melalaikan.