Kemudahan Awam

    Kemudahan Awam

    Di Teluk intan juga terdapat beberapa kemudahan awam yang diberikan bagi memudahkan komuniti di sekitar pekan Teluk Intan. Antaranya ialah :

·         Masjid Daerah Teluk Intan


      Masjid Daerah Sultan Idris II, Teluk Intan adalah masjid yang ke-3 dibina dalam bandar Teluk Intan. Masjid yang pertama ialah Masjid Melayu di Jalan Mahkota (dan kini dikenali sebagai Masjid Melayu (Lama). Yang kedua ialah Masjid India. Pada masa ini Masjid Daerah Sultan Idris II dan Masjid India diberi kebenaran untuk mendirikan solat Fardhu Jumaat. Manakala Masjid Melayu digunakan untuk solat lima waktu dan pengajian ilmu sahaja. Lokasi Masjid Daerah Sultan Idris II terletak di persimpangan Jalan Changkat Jong dan Jalan Sekolah. Keluasan tanah tapak masjid ini lebih kurang 3 ekar. Tapak masjid ini pada asalnya ialah tapak Rumah Rehat Teluk Intan yang lama.

        

      Masjid ini boleh menampung 2000 orang jemaah iaitu 1500 di bahagian bawah dan 500 dibahagian atas. Selain Itu, terdapat juga kemudahan tandas dan bilik mandi untuk jemaah lelaki dan wanita. tempat mengambil wudhu bagi jemaah lelaki, wanita dan OKU. Tambahan pula, terdapat sebuah bangunan Pejabat Masjid "Bangunan As-Syafie" yang terdapat kemudahan seperti bilik pejabat, bilik mesyuarat untuk 25 orang (untuk kegunaan masjid atau sewaan), perpustakaan mini dan sebuah bilik kuliah serbaguna.

 

·         Bangunan Persekutuan

                      

Bangunan Persekutuan yang terdapat di pekan Teluk Intan merupakan bangunan kerajaan negeri yang merangkumi pejabat-pejabat badan kerajaan seperti Jabatan Penerangan Negara, Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan lain-lain. Selain itu terdapat juga kemudahan awam di Teluk Intan yang lain seperti :

   

·         Balai Polis Daerah Teluk Intan

·         Hospital Besar Teluk Intan

·         Dewan Besar Majlis Perbandaran Teluk Intan

·         Terminal Intan

·         Anson Bay Medical Centre


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.