Maklumat Tempatan

Maklumat Tempatan Teluk Intan



 

Nama Teluk Intan yang dulunya dikenali Teluk Mak Intan diambil dari seorang janda yang dikatakan mempunyai rupa paras yang cantik iaitu Mak Intan, beliau adalah seorang saudagar yang berasal dari Mandahiling, Sumatera. Beliau adalah peneroka yang membuka Teluk Intan di sekitar awal abad ke-19. Pada waktu itu, kawasan yang diterokai oleh Mak Intan dikenali sebagai Pekan Mak Intan.

  Berikutan penerokaan ini, ramailah orang seberang berketurunan Jawa, Rawa, Mandahiling, Minangkabau, Kampar dan kemudian India-Bombay datang mendiami kawasan yang baru diterokai itu, kebanyakan daripada mereka adalah para petani dan para pedagang barangan tradisi seperti rempah ratus, kain, inggu, kacip, parang dan sebagainya. Berkuatkuasa 1 Januari 1982, bandar ini bertukar nama dari Teluk Anson kepada Teluk Intan.

Dato’ Mah Siew Keong merupakan ahli parlimen Teluk Intan yang mana juga merupakan di bawah Dun Changkat Jong. Majoriti penduduk Teluk Intan sehingga Januari 2016 adalah seramai 110 228 orang penduduk. Berikut merupakan perkampungan yang terdapat di sekitar Teluk Intan :

·         Kampung Bahagia

·         Kampung Padang Tembak

·         Kampung Baru

·         Kampung Beca

·         Kampung Batak Rabit

·         Kampung Tapak Semenang

·         Kampung Selabak

·         Kampung Sungai Bakung

·         Kampung banjar

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.