Pelancongan & Rekreasi

 Pelancongan Dan Rekreasi

 

Teluk Intan merupakan antara tempat tarikan pelancong di Perak. Terdapat banyak tempat pelancongan yang boleh dilawati di sekitarnya termasuklah tarikan utama iaitu Menara Condong Teluk Intan. Tambahan pula, bandar utama di Daerah Hilir Perak ialah Teluk Intan. Terdapat beberapa tempat bersejarah yang boleh dilawati jika anda bercuti ke sini. Antara tempat menarik yang boleh dikunjungi di Teluk Intan adalah:

  •       Menara Condong Teluk Intan

      Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.        

      Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit. Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.

      Jalan di tengah-tengah Bandar Teluk Intan telah dinamakan sebagai Jalan Ah Cheong sempena memperingati sumbangan En. Leong Choon Cheong yang telah membina menara tersebut.

                   ·                       Teluk Intan River Front

            

Teluk Intan Riverfront juga merupakan salah satu daya tarikan di Teluk Intan. Kebanyakkan komuniti akan bersantai disini mahupun bersenam pada satiap pagi atau petang. Tempat ini juga menjadi tarikan kaki pancing di sini. 

·                       Batu Bertenggek Perang Dunia Pertama

Memorial peringatan Perang Dunia Pertama bagi parajurit yang terkorban yang diletakkan oleh tentera British semasa zaman pemerintahan mereka.

 

·         Beting Beras Basah, Bagan Datoh

Kaitan Kesultanan Perak dengan Beting Beras Basah telah wujud sejak zaman Sultan Muzaffar Syah 1 ( 1528 – 1549 ). Sejak itu, setiap Sultan Perak yang akan ditabalkan disyaratkan datang ke Beting Beras Basah ini untuk istiadat pertabalan pusaka dan bersiram tabal dan beberapa upacara lain yang akan disempurnakan oleh Pawang Diraja. Selain Sultan, Raja Perempuan juga harus melakukan upacara yang sama. Kali terakhir upacara tabal raja ialah sewaktu pertabalan Sultan Azlan Shah dan Raja Perempuan Bainun pada penghujung tahun 1985.

Menurut cerita orang-orang tua di Bagan Datoh, sewaktu Almarhum Sultan Idris hendak ditabalkan menjadi Sultan Perak ke 33, dalam tahun 1963, baginda telah menyusur menggunakan sampan kecil hingga sampai di tapak tempat Sultan Muzaffar Shah mendarat pada 1528.

Beting Beras Basah adalah sebuah tempat yang terletak di muara Sungai Perak berhampiran dengan pekan Bagan Datoh, Perak. Terdapat dua cara untuk sampai ke Beting Beras Basah iaitu dengan melalui jalan darat dan jalan laut. Dari Teluk Intan, anda perlu melalui jalan raya sejauh 45 km menuju Pekan Bagan Datoh. Setelah sampai di pekan tersebut, anda boleh menaiki bot atau sampan untuk ke sana atau melalui Kampung Sg Balai dengan mengikut jalan darat yang mempunyai jambatan.

Istiadat pertabalan sultan-sultan Negeri Perak dilaksanakan di sini. Ini kerana mengikut sejarahnya, Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak pertama telah ditabalkan disini. Sejak itu, keturunannya atau sesiapa yang akan menjadi Sultan Perak diwajibkan datang ke Beting Beras Basah untuk istiadat pertabalan.

Beting Beras Basah hanya dapat dilihat sewaktu air Sungai Perak surut terutamanya pada waktu pagi dan ianya akan tenggelam sewaktu air pasang. Tempat ini dianggap keramat oleh penduduk kampung kerana pelbagai peristiwa aneh. Menurut sumber lisan orang tua, tempat ini dijaga oleh Jin Negeri Perak yang dipunyai oleh Raja Ahmad (putera Sultan Abdul Malik Shah ) sehingga kini.

 

·         Limbungan Bot Teluk Intan


Limbungan Kering yang pertama didirikan di Tanah Melayu iaitu pada tahun 1952. Ia adalah untuk pembaikan bot dan motorboat. Antara kemudahan yang ada di Limbungan ini adalah bengkel, bilik stor dan ‘tool sheds’.

·         Bangunan – Bangunan Era British


Antaranya ialah Stesen Keretapi Teluk Intan (sekarang telah dijadikan sekolah memandu), Hock Soon Temple yang dibina pada tahun 1883

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.