Berita & Aktiviti Terkini

Usahawan : Pikah Enterprice (Puan Alina Sahabudin)

13 December 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Puan Alina Sahabudin merupakan salah seorang usahawan yang terdapat di Kampung Batu Payung Tawau, Sabah. Beliau menjalankan perniagaan membuka kedai runcit dan menjual pelbagai jenis ikan dan hasil laut lain seperti udang, ketam, kerang, sotong dan lain-lain. Beliau menjual semua hasil laut tersebut di gerai yang di dirikan di halaman rumah beliau yang terletak di Kampung Batu Payung. Semua hasil laut yang dijual oleh Puan Alina merupakan hasil laut yang diambil daripada nelayan-nelayan yang terdapat di Kampung Batu Payung dan Kg apas Parit. Jualan Hasil laut seperti jenis-jenis ikan di... read more

Program Cuti Sekolah - Hiking Bersama Ahli Pi1M

14 December 2017 | Berita Terkini

  Bersempena dengan cuti sekolah pada penghujung tahun ini (2017), Pi1M Kg. Batu Payung telah mengadakan Program Hiking Bersama Ahli Pi1M Kg. Batu Payung. Pada kali ini, aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti mendaki Bukit Cinta yang terletak tidak jauh dari Pi1M Kg. Batu Payung, Tawau. Aktiviti Hiking ini telah berlangsung pada 14 Disember 2017 bermula jam 8.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 12.00 tenghari dan disertai seramai 17 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan Ahli berdaftar di Pi1M Kg. Batu Payung.   Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk menggalakkan aktiviti riadah... read more

Bengkel Keusahawanan – DIY Chocolate Bouquet

07 December 2017 | Berita Terkini

  Pada 07 Disember 2017 (Khamis), Pi1M Kg. Batu Payung telah menganjurkan satu Bengkel Keusahawanan - DIY Chocolate Bouquet yang diadakan secara percuma kepada komuniti sekitar Pi1M Kg. Batu Payung. Bengkel keusahawanan ini bermula  pada pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 3.00 petang dan disertai seramai 6 orang belia wanita dari Kampung Batu Payung, Tawau. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menunjukkan bahan-bahan beserta langkah-langkah mudah dalam penyediaan sesebuah Chocolate Bouquet kepada peserta di samping untuk menerapkan nilai keusahawanan di kalangan golongan belia wanita bagi menjana pendapatan pada masa akan... read more

Usahawan : Pengedar Produk Hai-O

28 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Marlihidayu Bte Matthew merupakan salah seorang pengedar produk keluaran Hai-O Marketing di daerah Tawau. Beliau telah berjinak-jinak dengan produk Hai-O sejak awal tahun 2017. Pada peringkat permulaan beliau telah mendaftar untuk menjadi ahli Hai-O sekaligus menggunakan produk tersebut untuk kegunaan sendiri dan mengedarkan Produk Hai-O di sekitar daerah Tawau secara kecil kecilan. Kini Produk Hai-O semakin mendapat tempat di kalangan penggemar sekaligus memberi pendapatan yang sampingan kepada beliau.   Selain menjadi pengedar produk Hai-O beliau juga turut membantu ayahnya menjual Ketam Bakau dengan mempromosikan di Facebook Milik Beliau.   Untuk warga Tawau khususnya... read more

Pertandingan Membina Video Pendek Dan Advokasi KDB

23 November 2017 | Berita Terkini

Pada 23 November 2017 (Khamis), Pi1M Kg. Batu Payung telah menganjurkan sesi penyampaian hadiah dan Advokasi untuk Pertandingan Membina Video Pendek bersama Ahli Pi1M. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pi1M Kg. Batu Payung, Tawau yang berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Program ini disertai seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta wanita. Program ini telah diadakan pada awal bulan November di mana peserta yang terlibat telah di ajar cara-cara untuk membina video pendek menggunakan Perisian... read more

Program Lawatan Sambil Belajar Pelajar Tadika Ke Pi1M

15 November 2017 | Berita Terkini

Sempena berakhirnya minggu peperiksaan, pihak sekolah Tadika Pasti Al-Amin telah membuat suatu program lawatan sambil belajar ke Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M). Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)  terutamanya di peringkat awal iaitu sekolah tadika lagi. Sememangnya pendedahan awal ICT dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran murid dalam menguasai pembelajaran teknologi terkini yang lebih menarik. Program ini telah diadakan pada 15 November 2017 (Rabu) bertempat di Pi1M Kg Pasir Putih dan program tersebut juga merupakan program gabungan antara Pi1M Tawau.   Program lawatan... read more

Usahawan : Kerepek Ubi Pedas (Puan Shamsiah)

20 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Shamsiah merupakan seorang usahawan yang mengusahakan produk berasaskan Ubi iaitu Kerepek Ubi Pedas. Beliau menjalankan perniagaan Kerepek Ubi Pedas ini secara kecil-kecilan di rumah beliau yang terletak di Kampung Tinagat, Batu 9, Jalan Apas Laut Tawau, Sabah.   Puan Shamsiah melakukan proses membuat Kerepek Ubi Pedas secara sendirian di kediaman beliau. Antara proses yang terlibat dalam penyediaan kerepek Ubi Pedas ini ialah proses mengupas ubi, proses memotong ubi menjadi kepingan kecil ngan mengunakan alat yang sedia ada, proses menggoreng ubi dan proses membuat sambal pedas untuk disatukan dengan ubi yang telah... read more

Pertandingan Fotografi Kreatif & Advokasi KDB

26 October 2017 | Berita Terkini

  Pada 26 Oktober 2017 (Khamis), Pi1M Kg. Batu Payung  telah menganjurkan satu Pertandingan Fotografi Kreatif dan Advokasi bersama Ahli Pi1M. Program ini telah diadakan di Bilik Latihan Pi1M Kg. Batu Payung, Tawau yang berlangsung dari jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengahari. Program ini disertai seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada 10 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta wanita.   Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan ahli Pi1M untuk meluangkan masa dengan perkara-perkara yang berfaedah di Pi1M Kg. Batu Payung. Program ini juga membolehkan peserta untuk... read more

Kejohanan Futsal Tertutup Piala Pusingan Pi1M Tawau

18 October 2017 | Berita Terkini

  Sempena Hari Sukan Negara yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun, Gabungan Pi1M Tawau telah menganjurkan Kejohanan Futsal Tertutup Piala Pusingan Pi1M Tawau. Aktiviti ini telah diadakan pada 18 Oktover 2017 (Rabu) bertempat di Gelanggang Futsal Kampung Batu Payung, Tawau yang berlangsung pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 12.00 tengahari. Kejohanan Futsal ini diadakan sebagai langkah untuk memperbanyakkan aktiviti-aktiviti luar di kalangan Kakitangan dan Ahli-ahli berdaftar di Pi1M Tawau. Kejohanan Futsal ini merupakan acara tahunan yang akan diadakan pada setiap tahun yang melibatkan semua Pi1M yang terdapat di... read more

Bengkel Keusahawanan Bakeri “Membuat Roti & Kek”

08 October 2017 | Berita Terkini

  Ahad, 8 Oktober 2017 yang lalu, telah berlangsung Bengkel Keusahawanan membuat roti dan kek yang telah dijalankan di Pusat Interne1 1Malaysia dengan kerjasama daripada Cikgu Roti Malaysia. Program tersebut bertujuan untuk mengalakkan program keusahawanan komuniti dari pelbagai peringkat umur terutamanya dalam bidang bakeri serta meningkatkan pengetahuan serta kemahiran usahawan supaya menjadi lebih berdaya saing.   Program tersebut bermula seawal jam 8.00 pagi dan disertai daripada komuniti sekitar Pi1M dan tenaga pengajar daripada Cikgu Roti Malaysia. Ketika program tersebut berlangsung, peserta di ajar membuat pelbagai jenis roti dan kek seperti bun sarang lebah,... read more

lagi berita & aktiviti