Berita Terkini

Pertandingan Kad Raya Kreatif dan Advokasi

22 June 2017 | Berita Terkini

              Sempena bulan Ramadan, Pi1M Batu Payung telah menganjurkan satu Pertandingan Kad Raya Kreatif dan program Advokasi peringkat Pi1M Batu Payung untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Pertandingan ini telah diadakan pada 22 Jun 2017 (Khamis) yang bermula pada pukul 12.30 tengahari dan berakhir sekitar pukul 3.30 petang. Pertandingan ini terbuka kepada semua Ahli Pi1M Batu Payung yang berumur 7 – 16 tahun.              Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi ruang kepada pelajar untuk memanfaatkan masa... read more

Program Amal Ramadhan Bersama Ahli Dan Komuniti Dengan Kerjasama Pi1M Tawau

20 June 2017 | Berita Terkini

              Pada 20 Jun 2017 (Selasa), telah diadakan satu program Amal Ramadhan bersama Ahli dan Komuniti Pi1M Kg. Merotai Besar dengan kerjasama Pi1M Tawau yang bertempat di Pi1M kg. Merotai Besar dan kawasan sekitar Kg. Merotai Besar, Tawau bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia. Program amal ini telah dianjurkan dengan kerjasama dari 7 buah Pi1M Tawau. Program Lawatan ini telah disertai seramai 7 orang kakitangan Pi1M dari daerah Tawau. Iaitu Pi1M Kg. Merotai Besar, Kg. Pasir Putih, PPR Taman Sri Semarak, Kg. Batu Payung, PPR... read more

Bengkel Keusahawanan & Kecantikan “Jom Cantik Bersama Mary Kay” dengan Kerjasama Pi1M Tawau

04 June 2017 | Berita Terkini

              Pada 04 Jun 2017 (Ahad), Pi1M Tawau dengan kerjasama daripada pihak Mary Kay daerah Tawau telah mengajurkan satu program Keusahawanan dan Kecantikan yang dinamakan sebagai “Jom Cantik Bersama Mary Kay”. Program ini telah diadakan di Balai Raya Kampung Batu Payung. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Mary Kay yang diwakili oleh Cik Rina yang merupakan Penceramah dan Perunding Kecantikan yang bertauliah daripada Mary Kay daerah Tawau. Tujuan utama bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pengguna berkenaan dengan tips kesihatan... read more

Usahawan : Menjual Kuih Muih dan Minuman

22 June 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Perdiana Agus merupakan salah salah seorang ahli yang berdaftar di Pi1M Kg. Batu payung yang juga merupakan salah seorang Usahawan Pi1M. Beliau menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis Kuih Muih dan juga Pelbagai Jenis Minuman. Puan Perdiana mula melibatkan diri dalam perniagaan menjual pelbagai jenis kuih muih ini sekitar tahun 2015 yang lalu. Sempena Bulan Ramadhan ini, Beliau membuka gerai di Bazar Ramadhan yang terletak di tepi jalan Batu 5 Tawau dengan menjual pelbagai jenis kuih muih dan minuman. Antara kuih muih yang terdapat di gerai beliau ialah kuih karipap ubi,... read more

Usahawan : Sara Sofea Collection (Irmayanti Binti Lamuhamade)

25 May 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Irmayanti Binti Lamuhamade merupakan salah seorang usahawan wanita yang berdaftar di Pi1M Kg Batu Payung, Tawau. Beliau menjalankan perniagaan berasaskan barangan Kecantikan dan pelbagai Fashion Muslimah. Beliau mempunyai sebuah kedai yang diberi nama Sara Sorea Collection yang terletak di Lot H8, Bangunan Empire, Tingkat 1, Tawau, Sabah.   Antara barangan yang boleh didapati di Sara Sofea Collection ialah pelbagai barangan kosmetik, pelbagai jenis minyak wangi untuk lelaki dan wanita, produk STG (Minkafe, BBPlus dan Marine) dan lain-lain. Selain itu, Sara Sofea collection juga turut mejual pelbagai baju dan jubah dewasa, pelbagai... read more

Bengkel Keusahawanan Baik Pulih Komputer Dengan Kerjasama Pi1M Tawau

18 May 2017 | Berita Terkini

            Pada 18 Mei 2017 bersamaan Hari Khamis, Bengkel Keusahawanan Membaik Pulih Komputer telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia PPR Taman Sri Semarak Tawau. Bengkel ini adalah hasil  kerjasama semua pusat internet yang terdapat di daerah Tawau. Tujuan bengkel keusahawanan ini diadakan adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada para usahawan dan juga staf Pi1M berkenaan cara untuk mengendalikan komputer sekiranya berlaku sebarang masalah teknikal.                     Bengkel bermula dengan sesi pendaftaran seawal jam 8.30 pagi. Seramai 20 orang peserta yang hadir terdiri daripada usahawan, pelajar dan juga staf Pi1M. Setelah itu, bengkel... read more

Kem Kepimpinan dan Bina Insan dengan Kerjasama Jiran Muda KRT Kg. Batu Payung & Pi1M

05 May 2017 | Berita Terkini

Pada 05, 06 dan 07 Mei 2017, telah diadakan satu program Kem Kepimpinan dan Bina Insan yang dianjurkan oleh Jiran Muda KRT Kg. Batu Payung dengan kerjasama daripada Pi1M Kg. Batu Payung, Tawau. Kem yang dianjurkan selama 3 hari 2 malam ini telah diadakan di Padang serbaguna dan Balai Raya Kg. Batu Payung dan mendapat penyertaan daripada 39 orang pelajar sekolah yang berumur diantara 12 – 15 tahun. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membina dan menerapkan nilai-nilai jati diri dikalangan peserta disamping untuk menerapkan semangat kerjasama dan mengeratkan... read more

Program Pengenalan Pi1M Dan Akvokasi Sempena Kem Kepimpinan Dan Bina Insan Kg. Batu Payung

06 May 2017 | Berita Terkini

Bersempena dengan Kem Kepimpinan dan Bina Insan yang diadakan di Kg. Batu Payung pada 05.05.2017 sehingga 07.05.2017, Pi1M Tawau telah mengadakan satu program Pengenalan Pi1M dan Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) pada 06.05.2017 yang bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir sekitar pukul 4.00 petang. Program Pengenalan Pi1M dan KDB ini diadakan di Balai Raya Kg. Batu Payung dan disertai seramai 39 orang peserta yang berumur diantara 12 – 15 tahun. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan kepada peserta tentang salah satu kemudahan yang terdapat... read more

Pameran Sempena “Kembara Kerja Sabah Karnival Pekerjaan“ Peringkat Daerah Tawau

26 April 2017 | Berita Terkini

Kembara Kerjaya Sabah Karnival Pekerjaan peringkat daerah Tawau telah berlangsung pada 26 April 2017 (Rabu) bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 4.30 petang ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya Karnival Pekerjaan, Temuduga Terbuka, Pameran Kerjaya, Taklimat dan Ceramah Kerjaya. Pelbagai majikan dari sektor swasta dan kerajaan turut menyertai program Kembara Kerja Sabah 2017 ini bagi menawarkan pekerjaan kepada penduduk di daerah tawau khususnya.   Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) daerah Tawau telah berkerjasama untuk mengadakan pameran bagi mempromosi dan... read more

Program Komuniti Pintar Mendaki Bukit Gemuk

14 April 2017 | Berita Terkini

Pada 14 April 2017 (Jumaat), kerjasama antara Pi1M daerah Tawau telah menganjurkan satu aktiviti riadah untuk Komuniti Pintar Tawau. Aktiviti riadah yang dijalankan ialah aktiviti mendaki Bukit Gemuk yang terletak lebih kurang 12 kilometer dari bandar Tawau. Aktiviti riadah ini telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 11.30 pagi dan disertai oleh kakitangan Pi1M daerah Tawau, dan Ahli-ahli Pi1M Daerah Tawau.   Tujuan utama program ini diadakan ialah untuk menjalankan pengambaran aktiviti mendaki Bukit Gemuk sebagai salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi di Tawau untuk dimuatkan di Page... read more