Pameran Sempena Majlis Pelancaran Kelab Usahawan Tawau Sabah 2016

23 October 2016 |

Majlis Pelancaran Kelab Usahawan Tawau Sabah 2016 telah berlangsung pada 23 Oktober 2016 (Ahad) bertempat di Dewan Masyarakat Tawau, Sabah. Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 5.00 petang ini dilengkapi dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik antaranya Penceritaan Ikon Usahawan AIM, pertandingan memasak bagi wanita dewasa, pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak bawah 12 tahun dan pameran booth daripada sektor swasta dan agensi kerajaan .

Dikesempatan ini Pi1M Tawau telah mengambil peluang dengan berkerjasama untuk mengadakan pameran bagi mempromosi dan memperkenalkan lagi Pi1M dan Latihan Keusahawanan yang diadakan di Pi1M kepada masyarakat Tawau khususnya. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan di booth Pi1M Tawau antaranya ialah pendaftaran ahli baru Pi1M kepada pengunjung booth di mana pendaftaran ahli bertuah akan diberi cenderahati. Selain itu Pi1M Tawau juga tidak ketinggalan untuk mempromosikan Kelas-kelas ICT, Latihan Keusahawan dan Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang dijalankan secara percuma kepada pengunjung booth. Promosi Kelas ICT, Latihan Keusahawanan dan KDB ini dijalankan untuk menggalakkan komuniti sekitar Tawau untuk menyertai kusrus-kursus yang dijalankan di Pi1M terdekat di samping dapat menimbah ilmu baru dan membantu usahawan untuk mendalami bidang Teknologi Maklumat dalam usaha untuk memajukann perniagaan mereka.

Perasmian program berlangsung di Dewan Masyarakat Tawau dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen P190 Tawau, YB Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin. Selepas majlis perasmian, YB Datuk Yap Kain Ching, mengadakan lawatan ke booth yang terdapat pada masa tersebut. Beliau  turut melawat ke booth Pusat Internet 1 Malaysia Tawau untuk beramah mesra bersama kakitangan Pi1M yang bertugas pada pameran pada kali ini. Kakitangan Pi1M turut mengambil peluang untuk bergambar beramai-ramai bersama YB Datuk Yap Kain Ching.