Taklimat Keselamatan Bomba Kg. Batu Payung

06 November 2016 | Berita Terkini

            Pada 06 November 2016 (Ahad), telah diadakan satu Program Taklimat Keselamatan oleh anggota Bomba yang diadakan di Masjid Nurul Hidayat Kampung Batu Payung, Tawau. Program ini telah dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Batu Payung dengan kerjasama daripada Jabatan Bomba Tawau. Program Taklimat Keselamatan ini telah berlangsung pada pukul 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 12.00 tengahari.

            Program Taklimat Keselamatan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada semua penduduk Kampung Batu Payung tentang keselamatan dan cara pencegahan kebakaran yang betul. Selain itu, taklimat ini juga diadakan untuk memberi pendedahan tentang cara-cara menggunakan Alat Pemadam Api (Fire Extinguisher) yang betul jika berlaku kebakaran di samping untuk mengeratkan lagi semangat perpaduan di kalangan penduduk Kampung Batu Payung

            Program Taklimat Keselamatan ini dimulakan dengan ketibaan AJK pelaksana dan penduduk Kampung Batu Payung seawal jam 8.30 pagi. Program diteruskan pada jam 9.00 pagi dengan Taklimat Keselamatan berkenaan Bomba Komuniti & MyBOMBA untuk memberi pendedahan serba sedikit kepada penduduk kampung tentang Bomba Komuniti & MyBOMBA. Setelah selesai sesi Taklimat program diteruskan dengan demontrasi penggunaan Alat Pemadam Api yang dikendalikan oleh anggota Bomba. Demontrasi ini penting untuk memberi pendedahan dan mendidik penduduk kampung cara-cara untuk mengedalikan alat pemadan api jika berlalu kebakaran di kediaman mereka. Program diteruskan lagi dengan pengagihan alat pemadan api kepada penduduk Kampung yang terpilih.

            Diharap dengan penganjuran program sebegini dapat memberi pendedahan kepada penduduk kampung tentang langkah-langkah keselamatan dan cara penggunaan alat pemadam api yang betul serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara penduduk Kampung Batu Payung. Program Taklimat Keselamatan Kampung Batu Payung ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama semua penduduk kampung yang hadir pada masa tersebut.