Usahawan : En. Kamaruddin Bin Alimuddin (Sembang Pacak Shell Out Café)

18 November 2016 | Berita Terkini

En. Kamaruddin Bin Alimuddin merupakan salah seorang ahli berdaftar di Pi1M Kg. Batu Payung yang juga merupakan seorang usahawan muda dengan menjalankan perniagaan berasaskan makanan. Beliau menjalankan perniagaan di Restoran yang terletah di Jalan Air Panas kira-kira 5 kilometer dari bandar Tawau yang diberi nama Sembang Pacak Sheel Out Café.

Sembang Pacak Sheel Out Café merupakan salah satu restoran yang terkenal dengan menyediakan pelbagai hidangan makanan Shell Out yang terdapat di daerah Tawau. Restoran ini telah beroperasi sekitar enam bulan yang lalu (mula beroperasi pada Mei 2016). Restoran ini beroperasi setiap hari Rabu sehingga Isnin ( Selasa Tutup) bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga pukul 10.00 malam.

Antara menu utama yang menjadi pilihan pengunjung ke Sembang Pacak Sheel Out Café ialah masakan Sheel Out yang berupa gabungan makanan laus seperti ketam, udang, sotang,  kerang dan sayuran yang dimasak denga tiga jenis masakan sama ada butter, kam young atau cili. Pengenjung boleh memilih jenis masakan yang mereka kehendaki. Selain itu, Sembang Pacak Shell Out juga turut menawarkan pakej-pakej Shell Out beserta air dengan harga yang berpatutan. Di samping itu, terdapat juga pelbagai menu masakan dan minuman yang terdapat di Sembang Pacak Shell Out Café.

Untuk warga Tawau yang ingin menikmati masakan laut yang dihidangkan dalam bentuk Shell Out bolelah berkunjung ke Sempang Pacak Shell Out café yang terletak di alamat Sembang Pacak Shellout Café, Area: Prima Jaya Lot No 8, Jalan Hotspring, Tawau Sabah atau boleh berhubung terus di talian 014-6752504 / 011-36520208 atau melalui Facebook : http://www.facebook.com/Sembang-PACAK-SHELL-OUT-1725607401051891/