Kisah Kejayaan -  Encik Mohd Sairie Bin Ilham

17 December 2016 | Berita Terkini

 

Encik Mohd Sairie Bin Ilham merupakan salah satu ahli berdaftar di Pi1M Kampung Batu Payung yang berumur 25 tahun. Beliau merupakan salah seorang ahli yang teraktif di Pi1M Batu Payung. Beliau sering meluangkan masa untuk berkunjung ke Pi1M Batu Payung untuk mengunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pi1M Batu Payung seperti menggunakan internet, mengikuti kelas-kelas ICT dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di Pi1M Kg. Batu Payung.

Penerangan Gambar : Kelas-Kelas ICT yang diadakan di Pi1M Kg. Batu Payung yang disertai Encik Mohd Sairie Bin Ilham

 

Bermula dengan berkunjung ke Pi1M Batu Payung pada penghujung tahun 2015 beliau mula tertarik untuk mengikuti Bengkel ICT yang diadakan di Pi1M Kg Batu Payung. Bengkel ICT ini telah disertai seramai 40 orang pelajar termasuk En. Mohd Sairie sendiri. Melalui Bengkel ICT ini peserta diajar untuk menguasai kemahiran untuk menggunakan komputer dan internet. Peserta juga didedahkan kepada kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office antaranya Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, Microsoft Office Excel dan Microsoft Office Publisher. En. Mohd Sairie menunjukkan minat yang sangat mendalam untuk mempelajari setiap perisian yang diajar. Kini En. Mohd Sairie semakin mahir dalam menggunakan perisian Microsoft Office setelah menamatkan Bengkel ICT bersama rakan-rakan beliau pada bulan Mei 2016.

Penerangan Gambar : Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan di Pi1M Kg. Batu Payung yang disertai Encik Mohd Sairie Bin Ilham

 

Selain aktif mengikuti kelas-kelas ICT, En. Mohd Sairie juga sangat aktif dalam menyertai aktiviti- aktiviti yang diadakan di Pi1m Kg. Batu Payung. Antara aktiviti yang pernah disertai oleh En. Mohd Sairie ialah Pertandingan KDB Funniest 15 Second Video peringkat Pi1M Kg. Batu Payung, Tawau. Pada pertandingan ini peserta dikehendaki untuk menyiapkan sebuah video pendek berkaitan Klik Dengan Bijak (KDB) dan tidak melebihi 60 saat. En. Mohd Sairie telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan ini dan memenangi hadiah istimewa yang disampaikan oleh En. Syahruddin Muhd Salleh (Ketua Cawangan SKMM Sandakan) pada Hari terbuka Pi1M Kg. Batu Payung 2016. Selain itu En. Mohd Sairie juga banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain yang diadakan di Pi1M Kg. Batu Payung antaranya ialah Program Sayangi Pi1M, Program Bengkel ICT, Pertandingan Radio Rosak Bertemakan ICT, Program Hari Terbuka Pi1M Kg. Batu Payung 2016 dan pelbagai lagi aktiviti yang lain.

Penerangan Gambar : Pertandingan KDB Funniest 15 Second Video yang disertai Encik Mohd Sairie Bin Ilham

 

Terbukti bahawa dengan mempelajari bidang ICT, sedikit sebanyak dapat membantu golongan belia dalam meningkatkan lagi ilmu pengetahuan mengenai bidang ICT yang semakin berkembang dari hari ke hari. Diharapkan agar jejak En. Mohd Sairie ini akan dalam memberi inspirasi kepada golongan belia yang berada di sekitar Kampung Batu Payung khususnya untuk mendalami bidang ICT dengan berkunjung ke Pi1M Kg. Batu Payung untuk mengikuti kelas-kelas bimbing ICT yang dijalankan.