Program Riadah Bersama Ahli Pi1M Tawau 2016

25 December 2016 | Berita Terkini

Pada 25 Disember 2016 yang lalu, Pi1M daerah Tawau telah bekerjasama untuk mengadakan Program Riadah Bersama Ahli Pi1M Tawau. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim bukan sahaja di kalangan kakitangan Pi1M dengan Ahli berdaftar di Pi1M Tawau, tetapi juga diadakan bertujuan untuk mengeratkan dan mengukuhkan tali persaudaraan di kalangan semua kakitangan Pi1M dan keluarga masing-masing. Setelah perancangan selama lebih kurang sebulan, Program Riadah Bersama Ahli Pi1M Tawau 2016 telah  dapat dilaksanakan. Program ini telah diadakan di Shan Shui Golf & Country Club, Tawau.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan kakitangan Pi1M dan keluarga serta ahli-ahli berdaftar Pi1M di Shan Shui Golf & Country Club. Program yang diadakan pada kali ini bersifat lebih santai untuk membolehkan semua yang terlibat untuk bersantai sambil merehatkan minda. Aktiviti dimulakan dengan sesi menyediakan makanan dan kemudiannya mandi manda di kolam dan jamuan makan.

Selain bersantai bersama keluarga, program ini turut diadakan untuk mempromosikan tempat-tempat menarik sekitar Tawau yang boleh dikunjungi. San Shui Golf & Country Club adalah salah satu daripadanya, tempat riadah bersama keluarga mengisi hujung minggu setelah penat berkerja. Shan Sui Resort terletak di batu 9, Tawau, mempunyai 31 unit Chalet dan Kolam renang bersaiz standard olimpik dan padang golf.

Diharapkan program ini mencapai objektif dan matlamat yang telah dirancangkan. Diharapkan aktiviti seumpama ini juga dapat meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan Kakitangan Pi1M terutamanya Pi1M Tawau. Program ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai. Program berakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari.