Program Penyampaian Sijil Kehadiran Bengkel ICT Sesi 3

30 December 2016 | Berita Terkini

Pada 30 Disember 2016 (Jumaat), Pi1M Batu Payung telah menganjurkan Program Penyampaian Sijil Kehadiran Bengkel ICT Sesi 3 yang telah berlangsung pada jam 9.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 11.00 pagi. Program Penyampaian Sijil Kehadiran Bengkel ICT Sesi 3 ini dihadiri oleh pelajar-pelajar kelas ICT yang juga merupakan ahli berdaftar di Pi1M Batu Payung yang telah menamatkan ketiga-tiga Modul MS Office  2010 iaitu MS Office Word, MS Office Power Point dan MS Office Excel. Program ini telah berlangsung di Pi1M Batu Payung dan dihadiri oleh 12 orang penerima sijil.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyampaikan Sijil Kehadiran Bengkel ICT sesi 3 kepada 12 orang pelajar yang telah bersungguh-sungguh untuk menamatkan semua modul yang telah ditetapkan. Selain itu, program ini juga diadakan untuk membolehkan pihak Pi1M mempromasikan Program Smart Learning USM dengan menerangkan pakej-pakej beserta harga dan kelebihan untuk setiap pakej yang ditawarkan dalam program Smart Learning ini kepada peserta yang hadir pada program tersebut.

Acara kemuncak bagi program ini iaitu sesi penyampaian Sijil Kehadiran Bengkel ICT kepada 12 orang penerima. Di harapkan agar pengajuran program sebegini dapat memperkenalkan Pi1M kepada masyarakat umum dan mempromosikan kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pi1M. Program diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai dan sedikit jamuan ringan yang telah disediakan. Program berakhir sekitar jam 11.00 pagi.