Mengenai PI1M

PI1M BATU PAYUNG, TAWAU, SABAH

"Bersama Merapatkan Jurang Digital"


Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), CELCOM dan NUSUARA Technologi Sdn. Bhd yang memberi fokus kepada menyediakan perkhidmatan ICT kepada komuniti di kawasan luar bandar.

Pi1M Batu Payung merupakan Pi1M yang pertama dibina di daerah Tawau. Pi1M yang terletak di Kg Batu Payung ini mula beroperasi pada 3 November 2012. Pi1M ini dilengkapi dengan 20 buah komputer berinternet untuk kegunaan seluruh komuniti daerah Tawau. Terdapat dua ruang dalam bangunan ini iaitu ruang Bilik Cyber yang membolehkan pengunjung menggunakan komputer untuk melayari internet dan ruang Bilik Seminar yang dilengkapi dengan projektor yang digunakan untuk menjalankan aktiviti seperti kelas ICT dan ceramah. Pendaftaran ahli hanya dengan kadar RM5 berserta dengan kelas ICT secara Percuma.


Objektif Pi1M

  1. Kemudahan akses internet secara kolektif.
  2. Pendedahan teknologi IT kepada komuniti luar bandar setaraf dengan komuniti bandar.
  3. Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial secara komprehensif.
  4. Menyumbangkan ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandardan luar bandar.
  5. Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.


Perkhidmatan Umum

  1. Keahlian – RM5.00 (seumur hidup & boleh digunakan di semua Pi1M seluruh Malaysia)
  2. Wifi / KTW (PERCUMA kepada Ahli PI1M)
  3. Penggunaan Komputer

           ~ Ahli -  (Pelajar/Dewasa) : RM1.00/jam

           ~ Bukan Ahli -  (Pelajar/Dewasa) : RM2.00/jam     

                             

Perkhidmatan Lain

  1. Printing  - Hitam putih : RM0.20/helai & Warna : RM1.00 – RM3.00/helai
  2. Photocopy - RM0.320/helai
  3. Scanning - RM0.20/helai
  4. Laminating - RM1.50/helai
  5. Menaip - RM1.00/helai
  6. Kelas Komputer (PERCUMA kepada Ahli PI1M)


Kelas Pembelajaran IT & Komputer

  1. Kelas Asas Microsoft Office (Words / Excel / Power Point)
  2. Kelas perbankan online
  3. Kelas menaip dan melukis untuk kanak-kanak


Masa Beroperasi 

Beroperasi setiap hari Isnin sehingga Ahad kecuali Cuti Umum

  • Waktu Bekerja : 8.00 pagi - 5.00 petang
  • Waktu Rehat    : 12.00 - 1.00 petang (Sabtu-Khamis) &1.30 pagi - 2.00 petang (Jumaat)


Maklumat PI1M & Komuniti Kamung Batu Payung

 

Lokasi

Kg. Batu Payung, Jalan tinagat, Batu 10, 91000, Tawau, SABAH.

UST Area

Dun Apas

Daerah

Tawau

Negeri

Sabah

Populasi

1392 Orang (Banci 2010)

Aktiviti Ekonomi Utama

Nelayan, Industri Kecil & Sederhana (IKS)

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

276 Orang

Lat/Long PI1M

4°13'27.9"N 118°00'03.0"E

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

3 November 2012

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Samsiah Binti Lauming

Email: samsiah@celcom1cbc.com

No Telefon: 014-6506201

 

Penolong Pengurus

Nama: Mohd Sharmizzi Bin Zulkifli

Email: sharmizzi@celcom1cbc.com

No Telefon: 012-8339078

Website

http://www.celcom1cbc.com/batu-payung

Kampung Tanpa Wayar

1.    Menara CELCOM Batu Payung : (Pole 12 Meter)

2.    Pi1M Batu Payung : (Pole 12 Meter)

3.    Batu Payung Tengah : (Pole 12 Meter)

Rumah Ketua Kampung

4.     Batu Payung Hujung : (Pole 12 Meter)