Ekonomi dan Keusahawanan


Sumber ekonomi penduduk Kampung Batu Payung suatu ketika dahulu mengamalkan cara hidup pertanian dan nelayan laut pinggir pantai. Pada masa kini dengan kemajuan pembangunan yang semakin pesat di kawasan Bandar turut memberi kesan yang positif kepada penduduk kampong Batu Payung. Kampung batu Payung kini terkenal dengan kawasan perikanan dan pelancongan. Pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah, kebanyakan orang dari Bandar akan datang ke Batu Payung untuk beriadah dan menikmati suasana keindahan pantai.

 

EKONOMI 


1)    Perikanan/Nelayan ( 40%)       

-  Kebanyakan penduduk Kampung Batu Payung mengamalkan kegiatan Ekomoni berasaskan Perikanan/Nelayan disebabkan faktor kawasan Kampung Batu Payung yang terletak di kawasan pesisiran pantai Laut Celebes. Hasil laut yang diperolehi seperti ikan, udang, ketam, sotong, kerang dan lain-lain dijual di gerai-gerai yang didirikan di depan rumah atau di sepanjang jalan Kampung Batu Payung. Pelanggan bukan sahaja terdiri daripada penduduk kampung tetapi juga daripada segelintir pelanggan yang datang dari kawasan bandar semata-mata untuk mendapat hasil laut yang segar dan murah.


2)    Petani /Pekebun  (15 %)

-  Sektor Pertani/pekebun juga merupakan salah satu sumber ekonomi penduduk Kampung Batu Payung. Mereka mmenjalankan kegiatan pertanian di kawasan pinggir rumah. Hasil tanaman bukan sahaja untuk dimakan tetapi juga di jual di gerai-gerai yang didirikan di hadapan rumah mereka.


3)    Perniagan Runcit (15%)

 - Terdapat segelintir masyarakat kampung yang menjalankan kegiatan Perniagaan runcit dengan mendirikan kedai runcit di kawasan rumah. Antara kedai runcit yang terdapat di Kampung Batu Payung ialah Fikah Enterprise, Norasiah Enterprise, Julita Enterprise, Rasdan Trading dan Kedai Runcit Maria. Mereka menjual pelbagai barangan keperluan harian dan barangan lain-lain untuk keperluan penduduk Kampung Batu Payung tanpa perlu ke badar untuk mendapat barangan keperluan harian tersebut.


4)    Restoran/Gerai  (10%)

- Terdapat juga segelintir usahawan yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan dengan mendirikan restoran dan gerai-gerai makan. Antara restoran yang terkenal di Batu Payung ialah Restoran Suteramaya Café yang menyediakan makanan berasaskan makanan laut. Selain itu dapat juga Restoran Soto Banjar yang terletak tidak jauh dari Kampung Batu Payung. Restoran ini terkenal dengan pelbagai jenis Sup dan makanan tempatan. Restoran ini bukan sahaja terkenal di kalangan penduduk tawau tetapi juga menjadi tumpuan pelanong yang datang ke tawau kerana lokasinya yang terletak berhampiran Lapangan terbang Tawau. Di samping itu terdapat juga beberapa buah gerai  makanan antaranya gerai Buger, gerai Pisang goring dan gerai Bakso/Sup yang terdapat di sekitar Kampung Batu Payung.


5)    Sektor Kerajaan  (10%)

 - Terdapat juga segelintir komuniti Kampung Batu Payung yang berkhidmat dengan sector Kerajaan dengan manjalankan pekerjaan peserti Guru, Juruteknik, pegawai kerajaan dan lain-lain.


6)    Sektor Swasta  (10%)

 - Dalam sektor swasta, terdapat penduduk kampung yang bekerja di Kilang-kilang dan Kolam-kolam ternakan udang yang banyak terdapat di sekitar Kampung Batu Payung. Antara agensi swasta yang terdapat di sekitar Kampung Batu Payung ialah Kilang ternakan Ayam, Kilang Pakaian terpakai, Asia Aquaculture (Kolam ternakan udang) dan Haiky Aquaculture (Kolam ternakan udang). Agensi swasta ini menawarkan pelbagai pekerjaan kepada penduduk kampung.


KEUSAHAWANAN


Dalam bidang Keusahawanan, terdapat beberapa orang Komuniti Kampung Batu Payung yang  menjadi usahawan dengan menjalankan perniagaan menjual makanan ringan, seperti keropok lekor, menjalankan perniagaan berasaskan perikanan, menjalankan perniagaan Andaman dan sebagainya.

Berikut  merupakan beberapa Usahawan yang terdapat di Kampung Batu Payung.


1.  En. Mohd Fauzi (Pengusaha Andaman)

Nama Penuh : En. Mohd Fauzi Bin Abdul Rashid

Asal : Kg. Batu Payung, Tawau

Nama Perniagaan : Norzira Wedding Services

Lokasi Perniagaan : Eastern Plaza Shoping Complex

Facebook : Andaman Norzira Tawau

Nombor H/P : 014-8686450

Ringkasan Perniagaan : En. Fauzi menjalankan perniagaan berasaskan Andaman Perkahmiwan. Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawakan di Andaman Norzira ialah Andaman, Pelamin, Set Pernikahan (Mini Pelamin + Baju Nikah + Alas Nikah), Karaoke, Fotografi, Videografi, Kanopi, Gubahan Hantaran, Hiasan Bilik Pengantin, Meja Makan Beradab, Sewaan Busana Pengantin dan Party Clown / Badut.

 

 

2.  Puan Mundi  (Pengusaha Tart dan Katering)

Nama Penuh : Puan Mundi Binti Rahmat

Asal : Kg. Batu Payung, Tawau

Nama Perniagaan : Pengusaha Tart dan Katering

Lokasi Perniagaan : Kg. Batu Payung, Tawau

Nombor H/P : 019-5851449

Ringkasan Perniagaan : Puan Mundi menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis tart dan juga menyediakan Perkhidmatan katering. Terdapat pelbagai jenis tart yang beliau hasilkan antaranya ialah Tart Telur, Tart Cheese Blueberry dan Tart Gula merah yang beliau cipta sendiri. Bagi tart telur dan tart gula merah, beliau menjual dengan harga RM 1.00 untuk 4 biji tart. Manakala bagi tart Cheese Blueberry pula beliau menjual dengan harga RM 1.00 untuk 3 biji tart. Selain menyediakan pelbagai jenis tart, beliau juga turut menyediakan perkhidmatan katering secara kecil kecilan. Harga perkhidmatan katering yang beliau sediakan bergantung kepada jenis lauk pauk yang dipilih oleh pelanggan beliau.

 

 

3.  Puan Patima (Pelbagai Jenis Ikan dan Hasil Laut)

Nama Penuh : Puan Patima Binti Lasoron

Asal : Kg. Batu Payung, Tawau

Nama Perniagaan : Pelbagai Jenis Ikan dan Hasil Laut

Lokasi Perniagaan : Kg. Batu Payung, Tawau

Nombor H/P : 012-8278114

Ringkasan Perniagaan : Puan Patima menjual pelbagai jenis ikan dan hasil laut lain seperti udang, ketam, kerang dan lain-lain. Beliau menjual semua hasil laut tersebut di gerai yang di dirikan di halaman rumah beliau. Semua hasil laut yang dijual oleh Puan Patima merupakan hasil laut yang ditangkap sendiri oleh suami beliau.

 

4. Puan Norah (Pengusaha Suteramaya Café)

Nama Penuh : Puan Norah Binti Zizurahman

Asal : Kg. Batu Payung, Tawau

Nama Perniagaan : Pengusaha Suteramaya Café

Lokasi Perniagaan : Kg. Batu Payung, Tawau

Facebook : Suteramaya Cafe, Batu Payung, Tawau

Nombor H/P : 010-9426566 / 0168456665

Ringkasan Perniagaan : Suteramaya Cafe merupakan salah satu restoran yang terkenal di Kampung Batu Payung  yang terletak 25 KM dari bandar Tawau. Antara menu-menu utama yang disediakan di Suteramaya Café termasuklah Ikan 3 Rasa, Tom Yam, Kerang, Masakan Udang segar, sawi tumis ikan masin dan lain-lain.

 

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.