Pelancongan & Rekreasi

TEMPAT-TEMPAT MENARIK

 

RUMAH API TINAGAT


Rumah Api Tinagat yang terletak di Bukit Tinagat Batu Payung merupakan satu khazanah atau peninggalan sejarah yang masih kukuh fizikalnya sehingga hari ini. Rumah api yang dibina pada 1916 oleh semasa penjajahan British yang bertujuan menjadi petunjuk arah kepada kapal-kapal laut yang menyusur Teluk Traulsen menuju ke pusat pentadbiran di dataran tanjung. Dengan ketinggian 9 meter, Rumah Api Tinagat ini telah berusia 99 tahun pada tahun ini. Rumah Api Tinagat ini pernah diserang oleh pesawat pesawat enjin Mitsubishi di kenali sebagai “Zero Fighter” yang sehingga hari ini meninggalkan sedikit kesan peluru pesawat itu tetapi sedikit berjaya dipulihkan dengan menutup lubang kesan peluru. Pada tahun 2007 penggunaan Rumah Api Tinagat ini dihentikan dan digantikan dengan sebuah menara rumah api setinggi 30 meter yang terletak berhampiran dengan Rumah Api Tinagat. Kawasan Rumah Api ini dijaga dan dikawal oleh pasukan keselamatan dan Jabatan Laut Sabah.

 

SUTERAMAYA CAFE


Suteramaya Café merupakan salah satu restoran yang terkenal di Kampung Batu Payung. Restoran ini telah mula beropesasi pada Mac 2012 yang di dini di persisiran pantai Kampung Batu Payung. Restoran ini beroperasi pada setiap hari Isnin sehingga Ahad yang bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 10.00 malam. Untuk sesiapa yang meminati masakan makanan laut yang segar di Tawau bolelah berkunjung ke Suteramaya Cafe. Antara menu-menu utama yang disediakan di Suteramaya Café termasuklah ikan 3 rasa, Tom Yam, kerang, Masakan Udang segar, sawi tumis ikan masin dan lain-lain. Pengunjung berpeluang untuk menjamu selera disamping menikmati pemandangan pantai dan menghayati tiupan sepoi-sepoi bahasa angin pantai Batu Payung

 

 TAMAN USBA


Taman USBA merupakan salah satu tarikan utama jika berkunjung ke Kampung Batu Payung. Taman USBA ini telah dibina sekitar tahun 1980-an di halaman rumah En. Sabturiani Angsa yang dinamakan Pentas USBA yang membawa maksud “ Untuk Semua Bangsa Agama”. Antara tarikan utama Taman USBA ini ialah, ianya terletak di pesisiran pantai dan dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan seperti pondok-pondok dan kerusi untuk kemudahan pengujung, jeti untuk kemudahan pengujung yang gemar memancing, Pentas USBA untuk kemudahan penduduk kampong jika menjalankan sebarang aktiviti kampong, kibin solat musafir yang didikan untuk kemudahan pengunjung untuk menunaikan solat.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.