Pendidikan

KEMUDAHAN PENDIDIKAN

 

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PAYUNG

 

Sekolah Kebangsaan Batu Payong telah dibina pada tahun 1962 dan telah dirasmikan pada 16 Januari 1962 oleh En. Kassim Ibong mantan pegawai Pendidikan Tawau dan juga merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Lokasi SK. Batu Payong berhampiran dengan kawasan pantai terletak di kawasan luar Bandar, lebih kurang 20 kilometer daripada pusat Bandar. Pelajar sekolah ini datangnya dari empat buah kawasan yang berhampiran iaitu Kampung Batu Payong, Kampung Tinagat, Kampung Membalua dan Kampung Apas Parit.

 

PRA SEKOLAH


Pada tahun 1991, sebuah bangunan Prasekolah telah dibina. Prasekolah memulakan operasinya pada tahun 1992. Ianya dilengkapi dengan kemudahan sebuah tandas, sebuah dapur dan kawasan permainan. Dirasmikan oleh Pegawai Pendidikan Bahagian Tawau Tuan Mohd. Ukong bin Usong pada 17. Oktober. 1998. Dan pada tahun 2008, dua bangunan tersebut telah digantikan dengan bangunan konkrit bagi keselesaan muridnya. Dan pada akhir tahun 2008, bagi perluasan kawasan Praskolah ditambah lagi dengan satu bangunan baru, dan jumlahnya telah bertambah sebnayak tiga buah. Dan mula beroperasi pada awal tahun 2009 ini.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.