Usahawan Puan Rosalia Bte Asip

28 September 2016 | Berita Terkini

NAMA PI1M: PI1M KG. BELATIK, KIMANIS PAPAR SABAH

NAMA: ROSALIA BINTI ASIP

BUTIRAN DIRI: 47 TAHUN, PEREMPUAN, TARAF PENDIDIKAN SPM (BEKERJA SENDIRI)

KISAH KEJAYAAN

Perkenalkan Puan Rosalia atau nama panggilan “Kak Ros” merupakan seorang suri rumah dan ibu kepada 8 orang anak. Perkenalan kepada Puan Ros ini  bermula daripada buatan manik kraftangan serta pengusaha Bundel (kain) yang dilakukan oleh puan sendiri dirumahnya. Sehinggalah Pi1M membawanya sebagai peserta krusus usahawan dan kelas ICT bagi meninggkatkan lagi pengetahuannya tentang bidang ini.
Beliau merupakan seorang kawan yang hebat, dan merupakan seorang Usahawan  PI1M yang Berjaya. Kerana produk-produk yang dihasilkan adalah bermutu tinggi serta mendapat tempat dan tempahan pada pembeli setempat. Jika dahulu, Puan ini Cuma berniaga dari rumah kerumah dengan menjual pelbagai jenis produk termasuk kuih muih tradisional serta dengan pendapatan yang tidak menentu, namun sejak mengikuti Kursus-kursus keusahawanan serta ICT daripada PI1M pendapatannya kini jauh lebih baik daripada yang dahulu.

MAKLUM BALAS

Apa yang saya ketahui, Pi1M merupakan salah satu projek atau pembangunan kerajaan yang diwujudkan dan diberikan atau digunakan kepada orang kampung terutama masyarakat luar Bandar bagi membolehkan mereka mendapat capaian internet serta kemudahan ICT yang canggih seiring dengan masyarakat yang berada di Bandar untuk sama-sama bersaing. Malah kegunaanya amat besar serta bermakna sekali kepada masyarakat

Tarikan utama saya terhadap kemudahan di PI1M adalah Pi1M ini lebih kepada bahagian bantuan sokongan perkhidmatan serta pengetahuan tentang kemudahan-kemudahan semasa yang kurang ada di kawasan luar Bandar, mereka boleh membantu apa saja untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar.

Sokongan serta nasihat dan tunjuk ajar, latihan, aktivit yang diberikan oleh Pi1M adalah salah satu asas untuk mencapai kejayaan seseorang

Pada pandangan saya segala aktivit, latihan atau kursus memang sedia telah dijalankan oleh pihak pi1m sebelum ini,Cuma penambahan dari segi kemudahan ICT serta kemudahan-kemudahan lain yang memberi menafaat kepada masyarakat lebih dipertingkatkan lagi