Celik IT Adik Norsyalenny Bte Abdullah

28 September 2016 | Kisah Kejayaan

NAMA PI1M : PI1M KG. BELATIK, KIMANIS PAPAR SABAH

NAMA : NORSYALENNY BTE ABDULLAH

BUTIRAN DIRI : 13 TAHUN, PEREMPUAN, TARAF PENDIDIKAN TINGAKATAN 1 (PELAJAR)

KISAH KEJAYAAN

Adik Norsyalenny merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang bersekolah di SMK. Bongawan II yang baru saja menduduki tingakatan 1. Pada masa sebelum wujudnya Pusat Internet 1 Malaysia di Kg.Belatik adik amat kurang mengetahui tentang kemudahan ICT dan memang jauh ketinggalan dengan teknologi. Namun sejak penubuhan Pi1M ini adik ini telah berpeluang mempelajari dan menggunakan komputer dengan lebih baik lagi, dan kini banyak perubahan dan kehidupan tentang dirinya, malah pada tahun lalu (2015) adik ini menduduki peperiksaan UPSR sekolah denga hasil keputusan UPSR 2A 3C.

            Dengan mengikuti pelbagai jenis aktiviti serta kelas-kelas yang dibuat oleh Pi1M, kini adik ini telah banyak mempelajari asas komputer, menaip dengan komputer penggunaan internet dengan lebih baik serta memudahkan lagi adik ini untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi kerana informasi-informasi yang dicari serta teknik pembelajaran boleh di cari pada halaman internet


MAKLUM BALAS

Pi1M yang telah ditubuhkan di kampung saya ini, amatlah saya berpuas hati sekali kerana perkhidmatan internet sudah mula didapati dikampung saya ini, selain itu ini menyebabkan saya untuk meminati mendaftar sebagai ahli Pi1M supaya saya boleh menggunakan perkhidmatan Pi1M, mengikuti aktiviti, kelas dengan mudah sekali

                Dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi dalam bidang ICT dan lain-lain lagi, telah banyak memberi kesedaran kepada komuniti tentang perlunya penguasaan ICT pada masa sekarang ini. Dengan ini saya berharap aktiviti berasaskan ICT serta beberapa pertandingan yang dibuat, boleh memperkembangkan lagi atas fungsi Pusat Internet 1Malaysia kepada masyarakat dikampung Belatik , Kimanis Papar.