Adik Abdul Razif Bin Abdul Kadir

07 December 2016 | Berita Terkini

BUTIRAN DIRI  : -

 

NAMA PI1M      : PI1M KG. BELATIK, KIMANIS PAPAR SABAH

ALAMAT           : KG.BELATIK, KIMANIS PAPAR

NAMA               : ABDUL RAZIF BIN ABDUL KADIR

UMUR               : 13 TAHUN

JANTINA          : PEREMPUAN

PENDIDIKAN    : TARAF PENDIDIKAN TINGAKATAN 1 (PELAJAR)

HALAMAN FACEBOOK/EMAIL : Xii mohd.razif@yahoo.com

KISAH KEJAYAAN

Adik Abdul Razif merupakan seorang pelajar sekolah menengah yang bersekolah di SMK. Bongawan II yang baru saja menduduki tingakatan 1. Pada masa sebelum wujudnya Pusat Internet 1 Malaysia di Kg.Belatik adik amat kurang mengetahui tentang kemudahan ICT dan memang jauh ketinggalan dengan teknologi malah dari segi mata pelajaran sekolah amat memuaskan saja. Namun sejak penubuhan Pi1M ini adik ini telah berpeluang mempelajari dan menggunakan komputer dengan lebih baik lagi serta meningkatkan lagi mutu pembelajarannya, dan kini banyak perubahan dan kehidupan tentang dirinya, malah pada tahun lalu (2015) adik ini menduduki peperiksaan UPSR sekolah dengan hasil keputusan UPSR 1A 1B 2C 1D

            Aktif mengikuti pelbagai jenis aktiviti serta kelas-kelas yang dibuat oleh Pi1M, kini adik ini telah banyak mempelajari asas komputer, menaip dengan komputer penggunaan internet dengan lebih baik serta memudahkan lagi adik ini untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi kerana informasi-informasi yang dicari serta teknik pembelajaran boleh di cari pada halaman internet