Mengenai PI1M

Pengenalan PI1M :

Pusat Internet 1Malaysia Kg.Belatik Merupakan salah satu pusat internet program luar bandar yang telah diilhamkan oleh kerajaan Melalui inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan Kerjasama Nusuara Technologis Sdn. Bhd.Pusat internet ini atau lebih dikenali sebagai Pi1M Kg. Belatik yang terletak di kawasan Mukim kimanis yang berada di Daerah Papar.Pi1M ini diwujudkan adalah bermatlamat dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.Selain itu disamping menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan mahupun ICT atau kemasyarakatan.


Objektif Pi1M :

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

Pi1M Boleh Membantu :

Latihan Pembelajaran ICT
        - Kelas ICT daripada kerjasama USM 
Bimbingan Penggunaan ICT
Latihan Keusahawanan
        - memberi latihan dan bimbingan kepada para usahawan yang baru menceburi perniagaan atau yang sudah bermula untuk meningkatkan mutu perniagaan mereka
Masalah Mengenai Penggunaan Komputer dan Peralatannya

 
Perkhidmatan lain yang disediakan:.

  • Menaip
  • Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)
  • Kelas ICT daripada kerjasama USM 
  • Jualan Komputer & Aksesori 
  • Baik Pulih Dan Selenggara Komputer & Khidmat Nasihat Berkaitan ICT
  • Alat Tulis & Kertas
  • Sewa Bilik Mesyuarat
  • Capaian Internet yang laju
  • Perkhidmatan KTW (Kampung Tanpa Wayar)
  • Program E-Waste (program terbaru bagi pengumpulan bahan-bahan seperti komputer,notebook,telephone yang telah rosak untuk dikitar semula)


Mengenai PI1M Kg Belatik:

Pusat Internet 1Malaysia Kg Belatik Kimanis Papar, Sabah mula beroperasi pada tahun 2013. Pusat ini menyediaakan sebanyak 20 biji komputer yang canggih serta beberapa kemudahan lain seperti mesin potostat, mesin print, laminate dan lain – lain lagi. 
Objektif PI1M Kg Belatik Kimanis Papar, bagi membantu masyarakat dan sekitar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi di samping berpeluang menikmati faedah melayari Internet seperti yang dirasai komuniti bandar, sekali gus merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan bandar.
Pi1M ini juga boleh membantu penduduk kampung kawasan sekitar yang menceburi bidang perniagaan dengan memasarkan produk keluaran mereka di laman Internet melalui tunjuk ajar daripada pihak Pi1M
PI1M mempunyai peralatan teknologi maklumat (IT) dengan penyambungan Internet yang menyediakan latihan dan penggunaan komputer kepada penduduk luar bandar. Serta penyambungan internet tanpa wayar (WIFI) di setiap kawasan kampung tanpa wayar (KTW)
Setakat ini, sudah mencecah 500 ahli berdaftar di sini dan lebih dari 30, 000 pengguna yang menggunakan perkhidmatan Pi1M sepanjang tempoh pembukaan pusat Internet 1Malaysia Kg Belatik Kimanis Papar.


NEGERI SABAH

DAERAH

PAPAR

MUKIM

KIMANIS

PARLIMEN

PARLIMEN

P.176 KIMANIS

YB PARLIMEN

Y.B. DATUK SERI ANIFAH AMAN

DUN

DUN

N.23 BONGAWAN

YB ADUN

Y.B DATUK MUHAMMAD HJ. ALAMIN



Lokasi

Kg.Belatik Kimanis Papar

UST Area

Kimanis

Daerah

Papar

Negeri

Sabah

Populasi

1350

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah/ Padi / Bercucuk Tanam), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan, Nelayan

Jumlah Keahlian

(setakat 07 December 2016)

568

Lat/Long PI1M

5.617640 / 115.937000

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

1 September 2013

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Rosfadhilah Ag. Jaludin

Email: rosfadhilah@celcom1cbc.com

No Telefon: 011-29964756

 

Penolong Pengurus

Nama: Alfred Butili

Email: alfred@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-8702426

Website

http://www.celcom1cbc.com/belatik

Kampung Tanpa Wayar

1.     Kg. Belatik Zone 2     : (Pole 12 Meter) –

2.     Kg. Belatik Zone 3     : (Pole 12 Meter) – Rumah WKAN Pn. Masniah

3.     Kg. Belatik Zone 4     : (Pole 12 Meter) – Rumah En. Pangeran Adrean

4.     Kg. Belatik Hujung      : (Pole 12 Meter) – Rumah Pn. Donna

5.     Kg. Gadong                : (Pole 12 Meter) – Rumah En. Mazilin

6.     Kg. Gadong zone 2     : (Pole 12 Meter) – Rumah En. Nazrul

7.     Kg. Gansing               : (Pole 12 Meter) –

8.     Kg. Mendugi               : (Pole 12 Meter) – Rumah JKKK En.

9.     Kg. Penampang Baru  : (Pole 12 Meter) – Kantin

10.  Pi1M Kg.Belatik          : (Pole 20 Meter) – Pi1M Belatik