KEM KREATIVITI CUTI SEKOLAH

22 December 2016 | Berita Terkini

Pada 14 Disember yang lalu, bersempena dengan cuti sekolah, pihak Pusat Internet 1 Malaysia Beseri telah mengadakan program KEM KREATIVITI CUTI SEKOLAH dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Pengisian program tersebut adalah lebih kepada untuk membentuk kreativiti kanak-kanak dimana mereka dikehendaki mencari dan memilih template dari laman web pinterest. Kemudian mereka dikehendaki menggunting dan gam template yang dipilih dan membentuk menjadi model 3D.

Template tersebut mempunya tiga level dimana bermula dengan template peringkat yang mudah dan kemudian ke peringkat yang lebih rumit. Alatan yang digunakan dalam penghasilan model 3D ini adalah gunting, gam dan kertas. Setiap peserta mendapat berlainan template. Secara tidak langsung, melalui aktiviti seperti ini dapat mengisi masa lapang mereka ketika cuti sekolah dan membimbing mereka berfikir secara kritis dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu model 3D.

Selain itu, mereka juga diajar membuat penanda buku DIY daripada kertas berwarna-warni yang dirujuk daripada google image dan mereka boleh menggunakan penanda buku DIY ini dalam pembelajaran di sekolah yang menggunakan buku teks.