KURSUS ASAS MICROSOFT WORD 2013

19 December 2016 | Berita Terkini

Pada 18 Disember yang lalu, Kursus Asas Microsoft Word 2013 telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Beseri, Perlis. Program ini adalah anjuran bersama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) Negeri Perlis dan Pusat Internet 1 Malaysia Beseri.

Seramai 10 orang peserta sekitar umur 16 hingga 22 tahun terlibat dalam menjayakan program ini. Pihak yang terlibat dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perlis ialah Encik Aishamuddin Yaakob. Tujuan program ini diadakan untuk menambah pengetahuan penggunaan aplikasi Microsoft Word dengan lebih tepat disamping mengeratkan lagi hubungan antara Pusat Internet 1 Malaysia dengan GPMS serta komuniti setempat. Kandungan program ini, peserta diajar cara menetapkan format muka surat, manipulasi teks, mengformat teks dan perenggan, bullet dan numbering, column, drop cap, jadual, memasukkan grafik dan objek, graf, betuk, carta serta smart art.