USAHAWAN TEMPATAN : Mohd Shazerin Bin Azemi : 002

15 January 2017 | Kisah Kejayaan
Jadual 1.0 Maklumat Usahawan
JENIS PERNIAGAAN Barangan kering dan basah
NAMA PERNIAGAAN Shazerin Teguh ENT
NAMA PENGUSAHA Mohd Shazerin Bin Azemi
WAKTU OPERASI 24 Jam
LOKASI OPERASI RPA Beseri Paya, Beseri, Perlis
NO DAFTAR NIAGA RA0043058-K
UMUR 22 Tahun
STATUS Bujang
TEMPAT TINGGAL RPA Beseri Paya
FACEBOOK http://www.facebook.com/kakjahdapurkakjah

 


                         Rajah 1.1 : Produk pekasam yang siap sedia untuk di pos.

                                      Rajah 1.0 Produk pekasam yang mendapat tempahan melalui atas talian


Mohd Shazerin Bin Azemi merupakan salah seorang usahawan muda di Beseri dan kawasan sekitar. Beliau lebih sinonim dengan panggilan ayein. Perniagaan yang dijalankan oleh beliau adalah seperti barangan kering dan basah.  Perniagaannya turut dibantu oleh ibu dan ayahnya.

Sejak usia muda di bangku sekolah lagi beliau telah menolong datuknya berniaga di pasar tani sekitar Beseri. Kemudian beliau telah menlanjutkan pengajian ke peringkat diploma dalam bidang pengurusan pejabat dan sebelum ini beliau bekerja sebagai jurual di salah sebuah syarikat bumiputera di Perlis. 

                                                  

                                                           Rajah 2.0 Produk ketupat daun palas


Namun dengan minat yang mendalam dalam dunia perniagaan dan peluang yang lebih cerah, beliau telah memutuskan untuk memulakan perniagaan sendiri atas hasil pengalaman-pengalaman kerja sebelum ini. Selain itu, ianya juga sebagai untuk mewarisi perniagaan keluarga kecil-kecilan yang sebelum ini hanya menjual sayur dan produk-produk lain di pasar tani.

                      

                                                     Rajah 3.0 Produk kuih tradisional : Karas dan Muruku


Kini atas hasil usahanya untuk memperkembangkan lagi perniagaan keluarganya ke peringkat yang lebih meluas, beliau memutuskan untuk berniaga atas talian (online). Produknya di hantar melalui perkhidmatan Pos Laju dan bayaran adalah melalui deposit tunai bank serta atas talian. Beliau juga telah menambahkan lagi produk jualan seperti:

  • Pekasam
  • Ketupat Daun Palas
  • Kuih Karas
  • Muruku

Kini pembeli produk beliau bukan hanya penduduk di sekitar perlis sahaja malah ke seluruh negeri semenanjung Malaysia dah juga Sabah Sarawak. Permintaan produk yang paling tinggi adalah pekasam. Antara medium promosi yang digunakan adalah melalui ‘Page Facebook’ iaitu https://www.facebook.com/kakjahdapurkakjah . Kepada yang berminat dan ingin mencuba pekasam dan kuih tradisional buatannya, boleh hubungi beliau melalui panggilan/sms/whtsapp ataupun boleh ke ‘Page Facebook’ beliau.


             

                                  Rajah 4.0  Facebook:  https://www.facebook.com/kakjahdapurkakjah