Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) merupakan projek inisiatif daripada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom Axiata Berhad di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS). Projek ini bertujuan untuk memberi perkhidmatan ICT serta meningkatkan taraf sosial dan ekonomi penduduk setempat.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia ini adalah untuk menyediakan capaian komunikasi secara kolektif kepada kawasan yang kurang liputan perkhidmatan dan kumpulan yang kurang diberi perkhidmatan. Selain itu, Pusat Internet 1 Malaysia juga dilaksanakan sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Center) dengan menyediakan kelas dan Latihan ICT kepada komuniti sekitar. Pusat Internet 1 Malaysia juga bertujuan untuk Menggalakkan penggunaan ICT untuk membina sebuah masyarakat berpengetahuan disamping meningkatkan taraf sosio ekonomi dan pembangunan modal insan dan merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar.


Lokasi

Beseri, Perlis

DUN

Beseri

Parlimen / Daerah

Padang Besar

Koordinat

6.532752, 100.229277

DUN Beseri

YB. Datuk Mat Rawi Bin Kassim

Anggaran penduduk

3759 orang

Bangsa majoriti

Melayu

Agama Majoriti

Islam

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

21 NOVEMBER 2016

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name : Nur Izzati binti Bahrin

Email : nurizzati@celcom1cbc.com

No Telefon : 017-7235324

 

Penolong Pengurus

Name : Mohd Faisal bin Mohd Noor

Email : faisal@celcom1cbc.com

No Telefon : 013-4709897

 

Website

http://www.celcom1cbc.com/beseri

Jadual 1.0 Latar Belakang Beseri,Perlis

Pusat Internet 1 Malaysia Beseri

Pusat Internet 1 Malaysia Beseri, Perlis mula beroperasi pada 21 NOVEMBER 2016. Pi1M PPR Beseri beralamat di No 13, Jalan Kaki Bukit, Taman Beseri Permai, 02400, Beseri Perlis. Jarak antara Pi1M Beseri dari Pusat Bandar Kangar adalah dalam anggaran 11 kilometer. Kemudahan yang terdapat di sini adalah seperti balai polis, klinik kesihatan, kawasan perumahan, pasar tani, masjid, tadika, premis perniagaan dan institusi pendidikan seperti sekolah rendah, sekolah menengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Institut Kemahiran Mara (IKM).

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

  •        Melayari Internet
  •        Mencetak
  •        Fotokopi
  •        Pengimbas
  •        Laminate
  •        3D Printer
  •        Bilik Latihan
  •        Kelas ICT
  •        Latihan Keushawanan
  •      WiFi

WAKTU OPERASI

HARI     :  Setiap hari kecuali Cuti Umum

WAKTU :  9.00 pagi hingga 6.00 petang

REHAT  : 1.00 petang hingga 2.00 petang