Maklumat Tempatan

Negeri Perlis merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis pernah dipanggil Palit (Bahasa Thai: ปะลิส) dalam masyarakat Siam ketika Perlis pernah berada dibawah pengaruh Siam dahulu. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat. Beseri merupakan sebuah pekan dan mukim yang terletak di negeri utara tanah air iaitu Perlis. Perlis terdiri daripada tiga jajahan iaitu:

·         Arau

·         Kangar

·         Padang Besar

Bandar-bandar utama di Perlis termasuk :-

·         Arau

·         Kangar

·         Kuala Perlis

·         Padang Besar

·         Simpang Empat

Pekan-pekan kecil pula termasuk :-

·         Wang Kelian

·         Kaki Bukit

·         Kuala Sanglang

·         Mata Ayer

·         Beseri

·         Pauh

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.