Pelancongan & Rekreasi

a)     REKREASI (Tasik Melati/Tasik Timah Tasoh)


Tasik Melati

Tasik Melati kini merupakan salah satu destinasi pelancongan terkenal di negeri Perlis yang sentiasa menjadi tumpuan bagi aktiviti riadah dan rekreasi keluarga. Tasik ini terletak di Jalan Santan, 10 KM dari Bandar Kangar. Pada asalnya Tasik Melati adalah sebuah tasik atau paya terbiar dipenuhi tumbuhan liar dinamakan kercit. Tasik ini tidak pernah kering airnya dan menjadi sumber air utama kepada petani untuk kegiatan pertanian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mula membangunkan paya ini pada tahun 1977 dengan membina ban utama bagi meninggikan paras air untuk membekalkan air ke kawasan tanaman padi seluas 350 ekar. 

Menyedari akan potensi kawasan ini, sebagai tarikan pelancongan, pelbagai usaha telah dijalankan semenjak tahun 1985 bagi menyediakan kemudahan infrastruktur yang melibatkan JPS, Unit Pentadbiran Daerah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan Majlis Perbandaran Kangar. Bermula tahun 2001, kerajaan negeri telah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada JPS untuk perlaksanaan infrastruktur, penyelenggaraan dan pengurusan keseluruhan kawasan Tasik Melati seluas 80 ekar. Kini kawasan ini dikenali sebagai Taman Rekreasi Tasik Melati dengan penyediaan pelbagai kemudahan seperti wakaf rehat, taman permainan kanak-kanak, trek jogging, tandas, surau, tempat letak kereta, dan landskap indah.

Sumber: http://www.jpsperlis.gov.my

 

Tasik Timah Tasoh

Tasik Timah Tasoh merupakan sebuah tasik buatan manusia yang terbentang luas berlatar belakangkan Bukit Cabang dan Banjaran Nakawan yang bersempadan dengan Thailand di jalan menuju ke Padang Besar. 'Tasik Timah Tasoh' nama yang tidak asing lagi bagi penduduk negeri Perlis kerana bukan sahaja empangan saliran terbesar di Perlis tetapi juga pusat percutian yang dilihat keluar dari kotak minda manusia yang cintakan alam semulajadi. Tasik yang pada asalnya menjadi pertemuan dua buah sungai iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh dan di dasarnya pada awalnya adalah sebuah kampung yang bernama 'Tasoh' namun telah ditenggelamkan bagi mewujudkan empangan.

Turut ditenggelamkan bersama kampung itu ialah masjid, rumah, sekolah dan tanah perkuburan selain nostalgianya yang semakin luput daripada ingatan penduduk setempat. Kampung itu terpaksa ditenggelamkan untuk membentuk takungan air bagi menyediakan bekalan air domestik atau perindustrian yang andal dan mencukupi di samping memenuhi keperluan untuk mengairi 2,466 hektar tanah sawah untuk penanaman dua kali setahun di kawasan utara dan tengah Perlis.

Sumber : http://www.mstar.com.my


b)     PENGINAPAN  (Tasoh Lake Resort & Treat/My Kampung Homestay)


Tasoh Lake Resort & Treat

Tasoh Lake Resort & Retreat yang baru dibina beberapa tahun ini merupakan tempat penginapan dan percutian keluarga yang menyajikan pemandangan indah Tasik Timah Tasoh, Banjaran Nakawan, Bukit Cabang dan Bukit Manik. Dengan pemandangan serba hijau yang masih mengekalkan elemen moden dan tradisional dalam setiap senirekanya tidak hairanlah lokasi ini menjadi destinasi singgahan bagi para pengunjung  ke beberapa lokasi popular di negeri Perlis seperti kompleks membeli belah Padang Besar,Wang Kelian, Gua Kelam dan tempat2 reakreasi yang lain serta mereka yang ingin ke sempadan Thailand. Resort ini juga mengetegahkan aktiviti berkumpulan. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di sini ialah mesyuarat, perkahwinan, kem motivasi, aktiviti rekreasi dan perkhemahan.

 

Alamat:

Lot 3082, Jalan Kaki Bukit, Kampung Bukit Manik

Kaki Bukit, Perlis, Malaysia

Hubungi:

04-938 7186

 

My Kampung Homestay

MY Kampung merupakan rangkaian inapan berkonsepkan kampung di Beseri, Perlis dan diuruskan sepenuhnya oleh syarikat Hijrah Masyur Ent (RA0001161-H). Terdapat 9 buah homestay (rumah sewa dan bilik) yang dilengkapi dengan kemudahan seperti surau, astro, wifi, penghawa dingin, shower heater, perkakas dapur dan cafeteria. Selain itu, homestay ini juga boleh dikatakan homestay yang tertua di negeri Perlis iaitu hampir 10 tahun. Boleh dikatakan pengunjung nya sentiasa beterusan pada setiap bulan.

Terutamanya pada cuti umum dan juga musim Mempelam Harum Manis iaitu pada bulan Mei. Pada para pengunjung yang ingin lari dari kesibukan kota dan ingin merasai suasana kampung yang aman, bolehlah mengunjungi homestay Hajah Wan yang terletak di Beseri Perlis.

 

Alamat:

KM 11, Jalan Kaki Bukit,

02400, Beseri, Perlis

Hubungi:

Telefon : 604-9382997 / 6011-15166997 / 6012-5366997 (Hajah Wan)

Website : http://www.mykampung.my/

Facebook : https://www.facebook.com/HomestayDeKampung


c)    SUKAN


Maneq Hills Atv Adventure

Sukan lasak menggunakan kenderaan all terrain vehicle (ATV) tidak asing lagi untuk dijadikan sebagai aktiviti beriadah. Aktiviti ini sesuai untuk semua peringkat umur dari golongon kanak-kanak dan juga dewasa. Jadi kepada penggemar aktiviti sukan lasak ATV di sekitar Negeri Perlis amatlah digalakkan untuk mengunjungi  ATV Maneq Hills. Lokasinya yang mudah kerana terletak di tepi jalan menarik sesiapa sahaja untuk melirik pandangan ke arah papan tanda dan deretan ATV di jalan besar Kangar - Padang Besar ini iaitu bertempat di Bukit Manik, Tasoh Perlis.

Apa yang menarik mengenai AtV Maneq Hills ini ialah terdapat le­bih 15 halangan yang dibina di sepanjang trek itu dan ia sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan bagi memastikan pengunjung nya tidak jemu. Kepada yang ingin meluangkan masa pada hujung minggu dan ingin menyahut cabaran sukan lasak ini boleh mengunjungi AtV Manaq Hills di:

LOKASI :
Maneq Hills AtV Adventure, Tasoh Perlis

WAKTU OPERASI :
Isnin - Khamis 10.00 Pagi-6.00 Petang
Sabtu, Ahad & Cuti Umum- 9.00 Pagi-6.00 Petang

HUBUNGI :
Min : 0174017496
Abg Jat : 0124720293
Rousni: 0124665352

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.