Pendidikan

Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong

Sekolah Kebangsaan Seri Tunjong terletak di atas tanah seluas 7 ekardi kawasan Kampung Tunjong kira-kira 10 km dari Bandar Kangar. Murid-murid sekolah ini datang dari kawasan berhampiran seprti dari Kampung Tunjong, Alor Tampang, Padang Lati, Bukit Ketri, Kampung Darat serta Perumahan Awam Chuping, Taman Melati, Taman Emas dan Kilang Gula. Ibu bapa mereka terdiri daripada petani, kakitangan kerajaan, pekerja kilang, anggota polis dan tentera. Kakitangan sekolah adalah seramai 51 orang yang terdiri daripada 43 orang guru terlatih dan 8 orang kakitangan bukan guru. Sebagai memenuhi keperluan masyarakat setempat khususnya di Kampung Tunjong sebuah sekolah rendah yang dikenali dengan "Sekolah Umum Tunjong" telah di dirikan. Bangunan sekolah yang mempunyai 4 bilik darjah dengan 4 aliran iaitu Darjah 3 hingga Darjah 6 mula beroperasi pada 1 JULAI 1958.

Sekolah ini mempunyai 98 orang murid dengan 4 orang guru yang di ketuai oleh Encik Abdul Malek Haji Abdul Ghani selaku Guru Besar. Perasmian sekolah ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim pada 2 November 1958. Pada Tahun 1965, sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Tunjong sekarang Sekolah Menegah Tengku Suleiman telah didirikan di kawasan Sekolah Umum Tunjong. Antara tahun 1970 hingga 1977 sekolah ini yang dikenali dengan Sekolah Kebangsaan Tunjong terpaksa di adakan dalam dua sesi (pagi dan petang) keranamenampung bilangan murid yang kian bertambah.

Sumber : http://skseritunjong.edu.my

 

Sekolah Kebangsaan Beseri

Sekolah Kebangsaan Beseri atau nama ringkasnya SK Beseri, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Km 12, Jln Kaki Bukit Kangar 02400, Kangar, Perlis Indera Kayangan. Sejarah ringkas Sekolah ini diasaskan oleh Tuan Haji Mohammad Saad bin Haji Seman, bekas Penghulu Mukin Beseri. Bangunan sekolah ini mula dibina pada 1 Jamadilakhir 1342 H bersamaan tahun 1924 di atas tanah seluas 4.2 ekar. Bangunan pertama berukuran 70 kaki x 24 kaki, beratapkan rumbia, berdindingkan buluh dan berlantaikan tanah. Bangunan tambahan didirikan secara berperingkat-peringkat mulai tahun 1953 di atas daya usaha Lembaga Didik Sekolah. Jumlah murid pada mulanya seramai 70 orang.

Asas penubuhan sekolah ini adalah atas kesedaran masyarakat setempat untuk memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak setempat dengan bimbingan guru-guru di tempat yang sesuai. Tumpuan diberikan pada pelajaran menulis, membaca jawi, rumi serta pelajaran mengira berasaskan angka-angka atas nombor-nombor seperti yang boleh didapati sekarang. Selain itu akan diajar pelajaran seperti agama, senaman, kesihatan dan bercucuk tanam, Ilmu Alam dan Tawarikh.

Pada tahun 1967 Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran telah menganjurkan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Pada tahun 2003 sebahagian daripada murid sekolah ini dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Kedak yang mula beroperasi setelah siap dibina. Kebanyakkan murid yang berpindah tinggal berdekatan dengan sekolah tersebut. Jumlah murid sekolah ini lebih kurang 694 orang dan jumlahnya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Dianggarkan keluaran murid sekolah ini sehingga sekarang menjangkau 9000 orang. Pada 28 Ogos 2009, sebahagian bangunan sekolah (4 blok-1 tingkat) telah diserahkan kepada Syarikat Pro Material Ventures Sdn. Bhd untuk Projek Bangunan Baru. Bermula dari tarikh tersebut, persekolahan terpaksa dilaksanakan 2 sesi sehingga bangunan baru itu siap (dijangka siap pada Ogos 2010).

SUMBER: http://skbeseri.edu.my

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri

Sekolah Menengah Kebangsaan Beseri merupakan sekolah menengah harian yang ditubuhkan pada 5 November 2012. Sekolah ini terletak dalam Mukim Beseri dan di bawah Parlimen Padang Besar. SMK Beseri dikategorikan sebagai sekolah gred B dengan keluasan 5.565 hektar.

Sekolah ini, mempunyai 29 orang guru dan 4 orang staf sokongan. Jumlah pelajar adalah seramai 252 orang dan kelas pula adalah sebanyak 11 kelas. Pelajar sekolah ini terdiri daripada sebahagian besar kaum Melayu, sebahagian kecil keturunan Siam dan Cina. Pelajar tingkatan 2,3,4 dan 5 adalah pelajar yang berasal daripada sekolah sekitar kawasan ini iaitu, SMK Tengku Suleiman, SMK Dato’ Jaafar Hassan dan SMK Padang Besar. Pelajar tingkatan 1 adalah pelajar sulung di sekolah ini pada tahun 2013.

Penubuhan SMK Beseri diharap dapat mengurangkan bilangan pelajar yang padat di sekolah yang berhampiran dan mendekatkan jarak antara sekolah dan rumah penduduk di sekitar kampung Semadang yang merupakan lokasi sekolah.

SUMBER: http://smkbeseri.edu.my


Sekolah Menengah Tengku Sulaiman

Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Sulaiman atau nama ringkasnya SMK Tengku Sulaiman, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Beseri.

Ditubuhkan pada Januari 1965  dengan murid seramai 207dan guru seramai 10 orang. Kini sekolah ini mempunyai murid seramai 1521  denganjumlah guru seramai 106 orang.Nama sekolah ini diambil sempena  YTM Tengku SuleimanIbni Al-Marhum Tengku Bendahara Abu Bakar, menantu Tuanku Raja  Perlis yang menjadi Pemangku Raja Perlis(1962-1965).

SUMBER : http://smktgsuleiman.edu.my/

 

Maktab Rendah Sains Mara Beseri

Rancangan penubuhan MRSM Perlis adalah termasuk di dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Ke 4. Hasil perbincangan antara MARA dengan Kerajaan Negeri Perlis, akhirnya tapak yang sesuai telah dikenalpasti di Batu 8 ½, Jalan Kaki Bukit, Beseri, Perlis.

Permohonan 6 lot tanah seluas 55.5 ekar telah diluluskan pada 21 Jun 1980 dengan bayaran premium sebanyak RM697,794.04. Kerja-kerja pembersihan tapak maktab yang dahulunya dipenuhi dengan tanaman getah dimulakan pada 28 Oktober 1982. Perletakan batu asas projek pembinaan maktab telah dilakukan oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalulail Raja Perlis pada 28 April 1983 dan dirasmikan oleh baginda pada 6 Julai 1988 bersamaan 22 Zulkaedah 1408.

Pada 26 Mac 1984 kerja pembinaan fasa 1 yang bernilai RM8.6 juta telah dimulakan oleh Syarikat Woodtex Sdn. Bhd. Kerja pembinaan fasa 2A yang bernilai RM1.5 juta telah dimulakan oleh Syarikat Pembinaan Bumira Sdn. Bhd. pada 7 Julai 1986 dan siap pada 12 Oktober 1986. Kerja pembinaan fasa 2B yang bernilai 3.4 juta telah dimulakan pada 28 Oktober 1986 oleh Syarikat KLK Kontrak Bina Sdn. Bhd. dan siap pada 16 Februari 1987.

Kerja pembinaan Fasa 3 yang bernilai RM1.2 juta telah dimulakan pada 27 April 1994 oleh Pembinaan Binajaya dan siap pada 7 Mac 1995. Dengan siapnya kerja pembinaan tersebut, maktab kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti makmal, asrama, dewan selera, bilik komputer, pusat sumber pembelajaran, galeri seni, surau, gelanggang tennis, gelanggang bola tampar, padang bola dan lain-lain.

MRSM Beseri telah mula beroperasi pada 1 April 1985 dengan bilangan tenaga pengajar seramai 44 orang dengan pengetua pertamanya iaitu Tuan Haji Ahmad Roslan bin Johari dan 381 pelajar perintis serta 34 orang kakitangan. Kini bilangan staf akademik berjumlah 68 orang, staf bukan akademik 66 orang, dan lebih kurang 700 orang pelajar di bawah pentadbiran pengetua ke lapan Encik Mohamad Salim bin L.Bulat.

SUMBER : https://beseri.mrsm.edu.my

 

Institut Kemahiran Mara (IKM)

Institut Kemahiran MARA, BESERI Perlis telah ditubuhkan pada tahun 1993. Ia dibina di atas sebidang tanah seluas 45 ekar dan terletak 15km dari bandar Kangar. Pengambilan pertama pelatih seramai 77 orang telah dibuat pada sesi Julai-Disember 1993, melibatkan pelatih daripada jurusan Elektronik, Elektrik, Marin, Penyejukbekuan & Penyamanan Udara dan Kimpalan & Fabrikasi. Bermula tahun 2001, 2 kursus lagi dijalankan iaitu kursus Mekatronik dan Automobil. Kursus yang ditawarkan di sini ialah pada tahap sijil teknologi. Mulai sesi Julai 2006, 5 kursus telah dinaiktaraf kepada sijil kejuruteraan (setara dengan politeknik) dan 4 kursus lagi masih dikekalkan kepada sijil teknologi. Senarai sijil yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Industri)
  • Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumen)
  • Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
  • Kejuruteraan Mekatronik Kejuruteraan Elektrik (Domestik & Industri)
  • Kejuruteraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  • Kejuruteraan Automobil
  • Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi
  • Teknologi Kejuruteraan Marin

Sehingga kini IKM Beseri mempunyai sebuah bangunan intergrasi yang merangkumi blok pentadbiran dan dewan theatherade, tiga belas blok bengkel teknikal, tiga buah blok asrama (lelaki dan wanita), sebuah dewan serbaguna, surau, dewan makan, perpustakaan dan beberapa gelanggang sukan.

SUMBER : http://beseri.ikm.edu.my

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.