PROGRAM KEUSAHAWANAN NOVEMBER

30 November 2016 | Info Teknikal

Pada 25 dan 26 November 2016, Pi1m Bintang Mas telah mengadakan Program Keusahawanan yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Bintang Mas.Ini juga adalah salah satu daripada program yang wajip dijalankan pada setiap bulan bagi mencari usahawan-usahawan yang ingin menjadi seorang usahawan yang Berjaya.

Dalam program ini juga, kursus akan berlansung selama 2 hari bagi memastikan ilmu daripada kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sebagai jalan perintis untuk menjadi seorang usahawan yang Berjaya.