PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK DAN E-WASTE PI1M KG BINTANG MAS 2016

30 November 2016 | Berita Terkini

Pada 24 November 2016,Pi1m Kg.Bintang Mas telah mengadakan Program E-waste yang mana ianya bertempat di Pi1m Kg.Bintang Mas. Program ini adalah program julung kalinya diadakan Pi1m sebagai landasan kesedaran kepada para generasi baru iaitu kanak-kanak di kampung Bintang Mas.

Dalam program ini,kanak-kanak akan dia ajar tentang 2 perkara penting iaitu Check Your Label dan juga E-waste(pengurusan sisa). Disini kanak-kanak akan dapat memahami dengan lebih  jelas tetang maksud Check Your label dimana ianya membawa maksud mengenai kempen kesedaran kepada masyarakat untuk memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang Sahih sebelum membeli peralatan tersebut.

Manakala E-Waste pula merujuk kepada barangan komunikasi yang sudah dijadikan sebagai barangan buangan dan perlu diselia dengan sebaiknya agar dapat menjamin kesejahteraan persekitaran yang sihat.

Semua ini adalah perkara penting untuk dipelajari oleh lapisan masyarakat tidak kira tua atau mudah agar pengetahuan mereka kearah program ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya