USAHAWAN KEK PI1M KG.BINTANG MAS

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Usahawan Berjiwa kental dan rajin berusaha,itulah nama yang sering disebut orang ramai iaitu Puan FELICIA PARIMAN. Merupakan anak jati Kg.Bangau-Bangau Beluran.

Beliau merupakan usahawan yang sangat berminat dalam bidang membuat Kek dan merupakan seorang ejen membuat kek yang terkenal diseluruh masyarakat Kg.Ulu Sapi dan sekitar Kg.Bintang Mas.

Dalam setiap bulan memang ada sahaja tempahan kek daripada orang kampung ataupun masyarakat sekitar Kg.Ulu sapi dan juga Kg.Nangoh Beluran untuk tujuan membuat tempahan kerana bagi mereka harga kek Puan FELICIA PARIMAN sangat berbaloi dan di tambah lagi kek tersebut sesuai dengan cita rasa pembeli.

Apa yang membuat penjualan kek Puan FELICIA PARIMAN ini berjaya mendapat sambutan daripada penduduk setempat yang gemar akan kek yang di sendiri oleh beliau ini adalah dengan cara mempromosikan Kek buatan beliau itu melalui Facebook, whatsapp ,dan juga wechat kepada kawan-kawan terdekatnya sehinggakan pada masa kini penjualan kek beliau sangat berjaya.