USAHAWAN BAKUL PLASTIK KG. TONITING.

23 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

USAHAWAN KRAFTANGAN BAKUL PLASTIK

ROCILLA BIN JOHNNY merupakan seorang usahawan kraftangan berbentuk bakul plastik yang mana kraftangan ini adalah antara kraftangan yang semakin popular di Kampung Toniting Beluran.

Pada pandangan beliau,penghasilan produk kraf tangan yang diperbuat daripada plastik dilihat mampu menjana ekonomi kaum wanita di kawasan luar bandar terutamanya di kawasan sekitar Kampung Toniting dan Ulu sapi.

Produk-produk kraf tangan seperti ini bukan setakat dihasilkan untuk digunakan oleh kaum keluarga sendiri sebaliknya ianya mampu dijual di kawasan sekitar Toniting,Ulu sapi, dan luar kawasan daerah Beluran dan Telupid untuk menjana pendapatan ekonomi kaum wanita dan untuk pendapatan individu keluarga.

Cara beliau memasarkan produk Bakul Plastik beliau ini adalah menerusi sebaran kepada kawan-kawan terdekat beliau dan juga menerusi hebahan Facebook dan whatsaap khasnya bagi yang berminat dan ingin membuat tempahan.

Beliau percaya kaum wanita kita hari ini semakin hari semakin kreatif, mereka bukan hanya mampu membuat kraf tangan berbentuk bakul melalui plastik tetapi kini sudah ramai yang mampu menghasilkan pelbagai kraf tangan menggunakan surat kabar.

 Produk kraftangan daripada plastik ini dijual dengan harga antara RM25 hingga RM 70 mengikut saiz dan reka bentuk produk yang digemari oleh pelanggan 

 

Berminat boleh menghubungi melalui

Facebook: https://www.facebook.com/roscilla.cilla.7?fref=ts