PROGRAM SAMBUTAN HARI KRISMAS BERSAMA KG BINTANG MAS DAN KG TONITING

24 December 2016 | Berita Terkini

LAPORAN AKTIVITI PI1M KG BINTANG MAS BULAN DECEMBER 2016

Pada 24 November 2016,Pi1m Kg.Bintang Mas telah mengadakan Program Sambutan hari Krismas bersama KG.Bintang Mas dan KG.Toniting yang mana ianya diadakan di Kg.Toniting sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Antara program yang di jalankan pada masa tersebut adalah,pertandingan Bola sepak 9 sebelah dari peringkat umur 10 tahun hingga peringkat umur 40 tahun keatas. Selain itu, Program KLIK Dengan Bijak( E-WASTE) juga turut diadakan bagi memberikan sedikit pencerahan kepada masyarakat tentang program e-waste agar masyarakat dapat menitik beratkan soal-soal kesihatan dan keselamatan alam sekitar.

Program ini juga,adalah acara tahunan bagi kepada masyarakat Kg.Bintang Mas dan Kg.Toniting sebagai landasan bagi merapatkan hubungan antara dua buah kampung. Walaupun berlainan pegangan agama,namun sikap hormat menghormati sentiasa menjadi pegangan masyarakat demi untuk memelihara hubungan silaturahim antara kedua-dua buah Kampung.