PROGRAM KEUSAHAWANAN

27 December 2016 | Berita Terkini

LAPORAN AKTIVITI PI1M BINTANG MAS BULAN DECEMBER 2016

Pada 27 dan 28 DECEMBER 2016, Pi1m Bintang Mas telah mengadakan Program Keusahawanan yang bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Kg.Bintang Mas. Program keusahawanan pada kali ini diadakan selama dua hari untuk mempelajari asas-asas bagaimana menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Walaupun peserta terdiri daripada golongan kanak-kanak yang berumur 11 tahun keatas,ianya tidak menjadi penghalang untuk mereka menimba ilmu khususnya dalam bidang perniagaan. Dalam program ini,mereka mempelajari asas utama dalam perniagaan dan cara-cara bagaimana untuk mempromosikan produk mereka.