USAHAWAN PI1M KG BINTANG MAS (PERNIAGAAN IKAN DAN SAYURAN)

30 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Puan Salmah Bin Yahya merupakan diantara  penduduk kg.Bintang Mas yang mempunyai perniagaan sendiri.  Beliau yang berumur 35 tahun dan merupakan seorang peniaga ikan dan sayus-sayuran.

Beliau mempunyai gerai yang terletak di tepi jalan Kg Ulu Sapi dimana kawasan ini menjadi tarikan ramai kerana terdapat kilang kelapa sawit berhampirannya. 

Beliau membeli ikan daripada Bandar Sandakan dan selalunya proses jual beli ini dilakukan pada awal pagi  seawal jam 3.00 pagi.  Beliau akan bertolak pada malam hari dari kg.Bintang Mas dan akan menunggu sehingga pagi bersama suaminya untuk mendapatkan ikan dengan harga yang murah.

Beliau akan memulakan perniagaan beliau pada jam 7.00 pagi.  Antara ikan-ikan yang selalu menjadi pilihan pelanggan beliau ialah, ikan tongkol, ikan basung, ikan putih, ikan merah dan  sebagainya.  Sayur-sayuran yang beliau jual selalunya di hantar terus oleh pekebun ke gerai beliau, diantaranya ialah sawi, timun, terung, peria dan sebagainya.

Adakalanya rakan- rakan beliau akan bertanya jenis-jenis ikan atau sayur beliau melalui Whatsapp.