Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Bintang Mas ialah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mula beroperasi pada bulan Mac 2010.  Pi1m ini di bangunkan di atas tanah Syarikat Koperasi Pembangunan Tanah Sg. Sapi yang bertempat di Kg Bintang Mas.  Program ini bertujuan merapatkan jurang digital antara masyarakat luar bandar dan masyarakat bandar. Pada awal penubuhan Pi1m ini, komuniti setempat berebut-rebut untuk menjadi ahli dan mempelajari apa jua yang Pi1m sediakan.  Dewasa, kanan-kanak dan warga emas menyambut baik penubuhan Pi1m ini, kerana keinginan CELIK IT di minda mereka.  Walaupun ada segelintir masyarakat yang menganggap IT ini membawa kepada gejala sosial yang tinggi, namun peratusnya amat kecil.  Namun tanggapan itu dapat dipadam apabila program Klik Dengan Bijak mula diperkenalkan kepada masyarakat.  Bukan sahaja dapat mengajar mereka langkah-langkah yang bijak semasa melayari internet, malah dapat menyebarkan kepada rakan taulan dan anak-anak cara melayari internet dengan lebih bijak dan beretika.  Warga emas dan golongan dewasa sudah bijak menggunakan komputer melalui kelas yang diikuti di Pi1m ini.  Ramai warga emas yang sudah mempunyai facebook dan juga twitter. 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia di kawasan luar bandar ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan ICT dan internet, kerana biasanya capaian internet bagi kawasan luar bandar agak terhad, dengan adanya PI1M ini, penduduk luar bandar dapat menikmati internet dengan lebih senang dan mudah. PI1M ini bukan sahaja memberikan latihan ICT percuma, malah menyediakan perkhidmatan yang lebih murah berbanding kedai-kedai siber yang berbayar.  

PI1M kg Bintang Mas ini mempunyai ahli yang berdaftar seramai 1151 orang sehingga Oktober 2015.  Pusat internet 1 Malaysia ini yang terletak di kawasan Tanah Koperasi menjadikannya kawasan yang amat strategik, di mana ia menjadi laluan pintas menuju ke Kuala Sapi dan Beluran.  Walaupun terletak jauh daripada jalan utama, namun lokasinya mudah dijumpai dengan adanya nama Tanah Koperasi Sungai Sapi Berhad.  

Sehingga kini PI1M ini masih lagi menjadi pilihan anak-anak muda dan pelajar sama ada Kg Bintang Mas ataupun sekitarnya.  Latihan ICT yang diberikan secara percuma oleh pegawai PI1M ini masi sering di perkatakan.  Bukan sahaja memberi tunjuk ajar mengenai ICT malah dalam pendidikan moral dan kesihatan juga akan di berikan.  Kesimpulannya penubuhan Pi1m Kg Bintang Mas ini memang merubah pandangan komuniti setempat mengenai internet, bukan sahaja mereka semakin bijak, malah sentiasa menyokong program Pi1m ini demi anak-anak dan perintis di masa akan datang.